Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - 10 April 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong 2018 di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

Jawatan Kosong 2017 di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) www.banyakjawatan.my

Latar Belakang

Bagi merealisasikan masa depan yang lestari, ibu pejabat baharu Laman PKNS di Shah Alam dibina sebagai mercu tanda ikonik, satu simbol progresif dan dinamik dengan penggunaan tenaga yang lebih cekap berbanding pejabat konvensional. Ianya mesra alam dan aspirasi PKNS untuk mencapai pentauliahan Indeks Bangunan Hijau (GBI) Platinum.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( PKNS ) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( 1964 ) sebagai sebuah badan berkanun dan agensi pembangunan negeri Selangor.

Penubuhannya bertujuan untuk mengisi kemerdekaan Negara menerusi pengagihan ekonomi yang adil dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang berpandukan kepada dasar-dasar kerajaan agar dapat mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial khususnya di Selangor.

Harapan ini dilaksanakan menerusi pembangunan pusat pertumbuhan baru, penerokaan kawasan kediaman yang vibran dan lestari, pembangunan pusat-pusat perindustrian, perniagaan dan pelbagai aktiviti pelaburan.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Selangor
Jawatan:

1. PENOLONG PENGURUS PEMANTAUAN PELABURAN  GRED WA41/ GRED N41

2. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J41

3. PENOLONG JURUTERA (PENYELIA TAPAK) GRED JA29

4. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA29

5. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA29

6. PENOLONG JURUUKUR GRED JA29

7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

8. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19

9. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

10. PEMBANTU AWAM GRED H11


Cara memohon:

Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia atau dengan memuat turun borang dari laman web http://www.pkns.gov.my atau muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah berserta syarat-syarat dan maklumat jawatan.

Borang yang lengkap diisi dan berserta salinan sijil-sijil yang lengkap hendaklah dihantar kepada:-

Pengurus Besar Pentabiran & Sumber Manusia
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR
Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 4, Blok B Bangunan Ibu Pejabat PKNS
No 2, Jalan Indah 14/8,
Seksyen 14
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan


* Sila baca iklan kekosongan jawatan yang lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum memohon.


Tarikh Tutup Permohonan : 10 April 2018 (Selasa)

Post a Comment