Jawatan Kosong di Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) - 18 Jun 2018 [107 Kekosongan] - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) - 18 Jun 2018 [107 Kekosongan]

Jawatan Kosong Terkini 2018 di Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)

Jawatan Kosong Terkini 2018 di Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)

Sejarah 

Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.

Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH

1. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S41 - 70 Kekosongan



KELULUSAN MINIMUM: DIPLOMA/STPM

1. PENOLONG PEGAWAI LATIHAN GRED E29 - 37 Kekosongan

Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Belia Dan Sukan (KBS). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 18 Jun 2018 (Isnin) jam 11:59 malam


0 Response to "Jawatan Kosong di Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) - 18 Jun 2018 [107 Kekosongan]"

Post a Comment