Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Kerajaan di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia - 5 Ogos 2018 [150 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2018 di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Jawatan Kosong Kerajaan 2018 di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Ringkasan Sejarah

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ditubuhkan setelah satu kajian yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia pada April 1999. Hasil dari kajian tersebut menunjukkan penguatkuasaan berkaitan maritim tidak begitu berkesan kerana terlalu banyak agensi yang terlibat. Hal ini mengakibatkan pertindihan dari segi fungsi dan bidang tanggungjawab serta penggunaan sumber tidak ekonomik.

APMM telah ditubuhkan dengan penubuhan satu Tim Nukleus yang ditugaskan untuk menjalankan segala usaha yang perlu bagi mewujudkan agensi ini. Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 (Akta 633) telah diwartakan pada 1 Julai 2004 dan telah dikuatkuasakan pada 15 Februari 2005. Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Majlis Memperkenalkan APMM pada 10 Oktober 2005. APMM telah memulakan operasi pada 30 November 2005. Majlis Pelancaran Rasmi APMM telah diadakan pada 21 Mac 2006 yang juga disempurnakan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri Malaysia.



Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM/SVM/SKM

1. LASKAR KELAS II MARITIM GRED T1 - 150 Kekosongan


Syarat Lantikan:

Warganegara Malaysia;

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Grd T1: RM1,441.00); atau

Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred T1: RM1,441.00): atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred T1; RM1,507.01); atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred T1; RM1,573.02).


Semua kekosongan jawatan adalah di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 05 Ogos 2018 (Ahad) jam 11:59 malam

Post a Comment