Jawatan Kosong di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN) - 12 November 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN) - 12 November 2018

Jawatan Kosong Terkini 2018 di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN)

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN)

Sejarah 

Jabatan PERHILITAN dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Mergastua. Pada tahun 1896 undang-undang pertama mengenai hidupan liar telah diwujudkan. Dalam tahun 1902 rezab hidupan liar yang pertama iaitu Rezab Hidupan Liar Chior telah diwartakan. Usaha-usaha untuk menubuhkan satu agensi pusat untuk menyelaraskan aktiviti pemuliharaan habitat dan spesies hidupan liar telah bermula pada tahun 1930, dengan pelantikan En. T.R. Hubback, bekas Pelindung Mergastua (Game Warden) Negeri Pahang, sebagai ketua kepada Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya.

Pada tahun 1955, satu perundangan baru, "The Wild Animals and Wild Birds Protection Ordinance" telah diwujudkan untuk menyelaraskan penguatkuasaan terhadap perlindungan hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, pentadbiran Jabatan masih di bawah Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkaitan. Antara tahun 1972 dan 1976, Kerajaan Persekutuan selepas berbincang dengan Kerajaan-kerajaan Negeri telah mengambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua Negeri di Semenanjung Malaysia berikutan penguatkuasaan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 1972, Akta 76. Jabatan Mergastua kemudiannya dinamakan sebagai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau ringkasnya Jabatan PERHILITAN.



Jawatan:

1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41 [15 Kekosongan]


Syarat lantikan:

i. Warganegara Malaysia

ii. Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh tutup iklan

iii. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan kerajaan

iv. Kepujian Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengan kerajaan


Syarat lantikan (Syarat Tanbahan)

i. Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan anggota atau penyakit kronik

ii. Mempunyai minat dalam aktiviti pendakian dan rekreasi dalam hutan

iii. Bebas daripada sebarang jenayah


Cara memohon:

Kemukakan resume yang lengkap berserta sekeping gambar terkini dan dikirimkan atau emailkan ke alamat:

Pengarah
Bahagian Konservasi Hisupan Liar
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
Semenanjung Malaysia
KM 10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel:03-9086 6934 / 6935
Email hazril@wildlife.gov.my atau laili@wildlife.gov.my


Tarikh Tutup Permohonan : 12 November 2018


0 Response to "Jawatan Kosong di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN) - 12 November 2018"

Post a Comment