Jawatan Kosong 2017 di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
Tentang JPNIN
Misi
Menjadi agensi peneraju untuk memelihara, meningkat dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di Malaysia.
Visi
Mempertingkatkan dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Gagasan 1 Malaysia.
Moto
"BERSATU KITA MAJU"
Peranan JPNIN
Mendidik masyarakat supaya cintakan perpaduan
Memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan kaum ke arah perpaduan nasional
Mewujudkan keharmonian negara
Menjalankan kajian untuk mengetahui tahap dan iklim perhubungan kaum
Mencadangkan langkah-langkah yang komprehensif dan holistik di dalam mengurus perpaduan negara dan integrasi nasional
Jawatan:
1. PENOLONG GURU TABIKA PERPADUAN GRED N11
2. GURU TABIKA PERPADUAN GRED S29
2. GURU TABIKA PERPADUAN GRED S29
Cara Memohon:
Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau boleh diperolehi dengan melayari laman web JPNIN di http//www.jpnin.gov.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah.
Borang Permohonan berserta gambar terkini (berukuran passport) yang tidak dikembalikan dan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Kelulusan Akademik, Sijil Berhenti Sekolah, Salinan Lesen Memandu sebagai dokumen tambahan. Dokumen sokongan yang berkaitan dan telah disahkan perlu dihantar ke alamat seperti berikut :
Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jabatan Perdana Menteri
Tingkat 10, Wisma KWSG
Jalan Kampung Attap
50460 Kuala Lumpur
* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 10 March 2017