Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) - 13 Oktober 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Jawatan Kosong 2017 di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

YADIM ialah sebuah badan amanah yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussin, YAB Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 1 Muharam 1394, iaitu 25 Januari 1974 yang bertujuan menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta NGO agar berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara serta menjadi pemangkin ke arah penyebaran dakwah di Malaysia.

YADIM ialah sebuah badan amanah yang didaftarkan di bawah Trust Incorporation Ordinance 1952 yang bertanggungjawab secara langsung kepada YAB Perdana Menteri. Pengurusan YADIM bermula dengan Yang Dipertuanya yang pertamanya, iaitu Allahyarham Tan Sri Datuk Syed Nasir bin Ismail (Tun) dan diikuti oleh beberapa orang Yang Dipertua yang berkaliber, iaitu Allahyarham YBhg. Dato’ Seri Hj. Kamaruddin bin Hj. Mohd. Isa, YB. Dato’ Dr. Mohd Yusof bin Noor (Tan Sri), YBhg. Allahyarham Tan Sri Dato’ Ainuddin bin Abdul Wahid, YBhg. Dato’ Dusuki bin Hj. Ahmad, YB. Dato’ Dr. Abdul Hamid bin Othman (Tan Sri), YBhg. Datuk Hj. Mohd. Nakhaie bin Hj. Ahmad, YBhg Datuk Dr Hj. Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir, YB. Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B) dan YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki. Buat masa ini YADIM diterajui oleh YBhg. Dr Yusri Mohamad. Baca lagi..


Jawatan:

1. EKSEKUTIF KANAN (PENYELARAS PROGRAM) - 4 Kekosongan

2. EKSEKUTIF Zon Selatan (Johor) - 1 Kekosongan


Cara-Cara Memohon:

i. Borang permohonan jawatan boleh didapati melalui laman sesawang YADIM di www.yadim.com.my atau muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah

ii. Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang.

iii. Semua borang permohonan hendaklah disertakan dengan resume, gambar terkini berukuran pasport, sesalinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil akademik dan persekolahan yang telah disahkan dan yang ada berkaitan dengan jawatan dipohon.

iv. Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

Yang Dipertua
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Aras 4, Blok D
Kompleks Islam Putrajaya
No. 3, Jalan Tun Razak
Presint 3
62100 Putrajaya


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 13 Oktober 2017 (Jumaat).


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap 1

Klik Untuk Baca Iklan Lengkap 2

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan

Post a Comment