Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) - 5 Julai 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Jawatan Kosong 2018 di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Latar Belakang

Sejarah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) lahir bersama sejarah Melaka. Walaupun Melaka telah melalui zaman jatuh bangunnya, Perbandaran Melaka terus wujud. Pada tahun 1824, Perbandaran Melaka dinamakan sebagai "The Town and The Fort of Malacca", ditadbir oleh "Comittee of Assessors" di bawah Kerajaan Inggeris.

Pada tahun 1848, Akta East India XIX, telah menekankan supaya diwujudkan "Jawatankuasa Perbandaran" bagi menggantikan "The Committee of Assessors". Akta ini memperuntukkan lima orang Ahli Majlis yang diketuai oleh seorang "Resident Counsillor" yang dikenali sebagai Pesuruhjaya Perbandaran.

Akta East India XXVII 1856 telah memberi kuasa kepada Pesuruhjaya-pesuruhjaya Perbandaran menjadi pemegang amanah dan boleh mendakwa dan didakwa. Pada 1 Januari 1887, Ordinan Perbandaran Negeri-negeri Selat telah meluluskan sempadan perbandaran seluas 1.4 batu persegi dan diperluaskan kepada 4.2 batu persegi pada tahun 1930 di bawah Akta 133 pada tahun 1913.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Melaka
Jawatan:

1. Pembantu Kesihatan Awam U19 - 9 Kekosongan


Syarat Lantikan:

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Kelayakan lantikan untuk kegunaan di Pihak berkuasa Tempatan).(Gaji permulaan ialah pada Gred U19 : RM1,360.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U19 : RM1,418.12).


Nota:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau

(b) lulus Peperiksaan Khas; dan

(c) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 05 Julai 2019 (Jumaat)


Post a Comment