Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kluang (MPK) - 7 Julai 2019 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2019

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kluang (MPK) - 7 Julai 2019

Jawatan Kosong 2018 di Majlis Perbandaran Kluang (MPK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Majlis Perbandaran Kluang (MPK).

Jawatan Kosong 2018 di Majlis Perbandaran Kluang (MPK)

Latar Belakang

Kedudukan Kluang terletak di tengah-tengah Negeri Johor Darul Ta'zim, dikelilingi oleh semua daerah, kecuali daerah Muar. Keluasan daerah Kluang ialah 2,8518.8 kilometer persegi. Keluasan kawasan pentadbiran Majlis seluas 126.57 kilometer persegi. Kluang mudah dihubungi dengan bandar-bandar lain dengan melalui rangkaian jalan raya dan keretapi.

Tahun 1915 merupakan tahun bersejarah bagi Kluang. Pada tahun tersebut pusat pentadbiran telah ditubuhkan bagi kawasan tengah Johor. Pada tahun yang sama juga perhubungan landasan keretapi menghubungi Kluang dengan bandar-bandar utama lain telah dibina. Pertumbuhan pesat bandar Kluang bermula pada tahun 1920-an dan 1930-an dengan daerah pengeluar getah paling utama.

Like Page Khas - Kerja Kosong di Johor
Jawatan:

1. Pengawal Keselamatan KP11 - 1 Kekosongan

2. Pembantu Awam H11 - 20 Kekosongan

3. Pemandu H11 - 12 Kekosongan

4. Pembantu Operasi N11 - 3 Kekosongan


Cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh  didapati dengan harga RM 1.00/set di pejabat Majlis Perbandaran Kluang atau  dengan  memuat turun borang di laman web http://www.mpkluang.gov.my. atau muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kluang
Jalan Kota Tinggi
86000 Kluang

(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 07 Julai 2019 (Ahad)



Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Muatturun Borang Permohonan

1 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kluang (MPK) - 7 Julai 2019"