Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - 4 Julai 2019 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2019

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - 4 Julai 2019

Jawatan Kosong 2019 di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Jawatan Kosong 2019 di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Latar Belakang

Johor Bahru telah diisytiharkan sebagai ibu negeri dan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim pada 1 Januari 1896. Sejarah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pula bermula pada tahun 1933 apabila Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1950, Pada April 1977, Majlis Bandaran Johor bahru dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran Johor Bahru (Town Council) dan seterusnya memperoleh status sebuah banda raya pada 1 Januari 1994.

Sehingga kini, MBJB telah memperolehi beberapa pencapaian dan pengiktirafan yang membanggakan hingga prestasinya yang sentiasa menepati kehendak kerajaan dan rakyat meletakkan MBJB sebagai antara dua buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terbaik daripada 149 PBT di Malaysia dengan penarafan 5 Bintang SPB-PBT yang diterima pada tahun 2013.

Bandar raya Johor Bahru sedang melalui transformasi pembangunan ekonomi yang pesat dimana ia juga telah dikenalpasti sebagai salah sebuah bandar raya berdaya saing selain Kuala Lumpur, Bandar Kuching dan Kota Kinabalu. Penubuhan Wilayah Iskandar (IM), telah memberikan pelbagai faedah pembangunan terutamanya dalam konteks keyakinan pelabur dalam dan luar Negara untuk melaksanakn pelbagai pelaburan berimpak tinggi di bandaraya ini.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Johor
Jawatan:

1. Pembantu Tadbir N19


Syarat-syarat Lantikan:

Semua jawatan hendaklah terdiri daripada WARGANEGARA MALAYSIA.

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred

C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/SijilVokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Umur:

Calon bagi lantikan hendaklah berumur :

(a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; DAN

(b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


Cara Memohon:

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/1/2003 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.

(b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.21 dan pastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.

(c) Semua permohonan hendaklah DISERTAKAN DENGAN SALINAN SIJIL

YANG DIAKUI SAH DAN JUGA GAMBAR BERUKURAN PASPOT YANG
TERBARU dan alamatkan kepada :-
DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
 PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU

(f) Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 04 Julai 2019 (Khamis)

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - 4 Julai 2019"

Post a Comment