Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Wilayah Sarawak Kementerian Luar Negeri - 12 Julai 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Pejabat Wilayah Sarawak Kementerian Luar Negeri | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Pejabat Wilayah Sarawak Kementerian Luar Negeri

Jawatan Kosong 2019 di Pejabat Wilayah Sarawak Kementerian Luar Negeri

Pejabat Setiausaha Persekutuan

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak merupakan Pejabat Persekutuan yang bertindak sebagai "lead-agency" bagi semua Jabatan Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan yang terdapat di Negeri ini. Dengan arus globalisasi dan kepesatan pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak merasa terpanggil untuk memberikan perkhidmatan atas talian yang setanding dengan agensi-agensi pusat yang lain.

Berperanan sebagai "lead-agency" bagi seluruh Jabatan Persekutuan di Sarawak, pejabat ini sentiasa prihatin dan peka terhadap perubahan-perubahan yang diinginkan oleh pelanggan dan "stakeholder". Justeru, kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan unggul kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan pejabat ini.

Like Page Khas - Kerja Kosong Sabah & Sarawak
Positions:

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19


Deskripsi Tugas:

i. Bertanggungjawab melaksana tugas-tugas perkhidmatan kaunter bagi pemprosesan dokumen-dokumen yang berkaitan dan membantu tugas-tugas kewangan di kaunter bayaran semasa berurusan dengan orang awam bagi pengeluaran resit-resit terimaan.

ii. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di bahagian pentadbiran dan pengurusan pejabat, pengurusan asset, pengurusan rekod-rekod pejabat dan urusan serta aktiviti diplomasi awam.

iii. Bertanggungjawab bagi penyediaan penyata pemungut serta merekod pungutan dan membantu urusan kemasukan wang kutipan harian ke bank, melaksanakan tugas-tugas dokumentasi kewangan harian dan bulanan seperti penyediaan penyata terimaan bagi tujuan Audit dan penyediaan dokumendokumen penyesuaian hasil.

iv. Bertanggungjawab bagi menempah bilik VIP di lapangan terbang bagi tetamu kenamaan kementerian serta menguruskan ketibaan/pelepasan (arrival/departure) tetamu kenamaan kementerian di lapangan terbang dan urusan protokol berkaitan termasuk juga di setiap pintu masuk sempadan negeri Sarawak.

v. Bertanggungjawab membantu dalam kes-kes konsular bagi warganegara asing di Sarawak serta membantu bagi kes-kes konsular bagi warganegara Malaysia (penduduk asal Sarawak) di luar negara.

vi. Melaksanakan tugas sebagai pemandu kenderaan Pejabat (sekiranya diperlukan) atas tugas-tugas rasmi, menjaga dan menyelenggara kenderaan dan memastikan keselamatan dan alat-alat kelengkapan kenderaan.

vii. Lain-lain tugas yang diarah dari semasa ke semasa


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur antara dari 18 tahun hingga 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(d) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(e) Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris;

(f) Memiliki Lesen Memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Cara Memohon:

(a) Permohonan hendaklah mengunakan Borang Permohonan Perjawatan Kementerian Luar Negeri Malaysia yang boleh dimuat turun dari laman web Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri Malaysia atau/dan juga boleh didapati di alamat seperti berikut:

Pejabat Wilayah Sarawak
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Tingkat 14, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93300 Kuching

(b) Borang Permohonan Perjawatan Kementerian Luar Negeri Malaysia perlu diisi dengan lengkap. Hanya borang yang disini lengkap akan dipertimbangkan.

(c) Semua permohonan hendaklah disertakan salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil keputusan peperiksaan, salinan lesen memandu, salinan sijil tamat persekolahan dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Sila sertakan satu salinan bagi setiap dokumen di atas.

(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis [Jawatan Pembantu Tadbir (PT/PO) N19 (Kontrak)].


Alamat Menghantar Permohonanan:


Permohonan hendaklah dihantar kepada :
Pengarah
Pejabat Wilayah Sarawak
Kementerian Luar Negeri
Tingkat 14, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93300 Kuching
(U.p.: Tuan Haji Deddy Faisal Ahmad Salleh)


Catatan Am

i. Hanya calon-calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga.

ii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

iii. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan dan temuduga jawatan ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.


Close date : 12 Julai 2019 (Jumaat)

Post a Comment