Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negeri Kedah Darul Aman - 31 Julai 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Majlis Sukan Negeri Kedah Darul Aman | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Negeri Kedah Darul Aman

Jawatan Kosong 2019 di Majlis Sukan Negeri Kedah Darul Aman

Sejarah Penubuhan

Majlis Sukan Negeri Kedah (MSN Kedah) ditubuhkan pada 1 November 1989 di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971. Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan Jadual Kedua) 1988 Akta 29. daripada segi pentadbiran, MSN Kedah terletak di bawah pengawasan pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. PEGAWAI BELIA DAN SUKAN (GRED S41)


Syarat Lantikan:

(a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

( i ) Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf Dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM 2,078.00: atau

 ( ii ) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM 2,281.86)

 ( iii ) Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM atau setaraf dan ;

( b ) Telah tamat pengajian sepenuhnya (sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda / Sarjana) dan telah selesai menghadiri konvokesyen.

( c ) Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan merupakan satu kelebihan.

( d ) Mempunyai rekod peribadi yang baik ( Contoh : Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbangkan).


Deskripsi Tugas:

Merangka dasar, merancang program dan aktiviti Unit Sains Sukan Majlis Sukan Negeri Kedah. Menyelaras laporan pentadbiran operasi sains sukan, memantau operasi program perubatan sukan dan keperluan kepentingan peralatan saintifik serta penyeliaan berterusan bagi mengembangkan program-program sukan.


Cara Permohonan:

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Majlis Sukan Negeri Kedah Darul Aman yang boleh didapati sendiri di Unit Pentadbiran, Majlis Sukan Negeri Darul Aman.


Tarikh Tutup Permohonan :  31 Julai 2019 (Rabu)


Post a Comment