Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) - 8 Nov 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Jawatan Kosong 2019 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Latar Belakang

Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Dalam erti kata lain, RAC diwujudkan sebagai sebuah agensi milik Kerajaan untuk membantu industri perkeretapian negara berkembang maju dan berdaya saing setanding dengan industri perkeretapian di negara-negara maju. Hasrat ini dilaksanakan melalui penggubalan Akta Keretapi 1991 dan pemansuhan Ordinan Keretapi 1948.

Melalui penggubalan akta tersebut, segala aset kereta api yang dahulunya di bawah urus tadbir KTM dan tanah kereta api di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah terletak hak kepada RAC, manakala operasi perkhidmatan kereta api dikendalikan oleh syarikat pengganti, iaitu KTMB.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. Pegawai Tadbir (Strategik) N48

i. Syarat Lantikan Wajib:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia; dan

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

ii. Syarat Lantikan:

Bidang/Kelayakan Khusus : Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(a) Memiliki Ijazah dalam Pengurusan Kewangan/Pengurusan Perniagaan atau setaraf dengannya;

(b) 10 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan pengurusan korporat/Pengurusan Kewangan/ Pegurusan dan perancangan strategik

(c) Mempunyai kemahiran professional dalam penulisan dan pertuturan serta kemahiran interpersonal;

(d) Mempunyai kemahiran analitikal, merancang dan menyelesaikan masalah berkaitan pengurusan kewangan

iii. Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM

Ringkasan Tugas:

i. Bertanggungjawab menjalankan tugasan yang berkaitan dengan pengurusan dan perancangan strategik RAC bagi merealisasikan wawasan, misi dan objektif yang ditetapkan.

i. Menetapkan KPI RAC beserta pelan tindakan berdasarkan dasar strategik RAC;

ii. Menetapkan hala tuju organisasi supaya segala strategi dan perkhidmatan yang diberikan sentiasa kemas kini, relevan dan memenuhi aspirasi semasa.

iii. bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pemantauan terhadap perancangan strategik dan membuat pelan induk tahunan;

iv. membangunkan dan merancang kaedah yang sesuai bagi tujuan pemantauan dan pengumpulan data bagi penyediaan Indeks Prestasi Utama (KPI) kepada jawatankuasa pemandu perancangan strategic terutamanya bagi:

a) menyediakan pengesanan, pemantauan dan susulan inisiatif strategik selarasdengan rancangan perniagaan bagi memastikan pelaksanaannya yang berjaya; dan

b) memberi sokongan kepada risikan pasaran dan penyelidikan untuk menilai tahap prestasi dan penanda aras serta mengenalpasti jurang dan peluang untuk pasukan pengurusan.


v. menjalankan analisis terhadap hasil, keuntungan dan penjimatan kos


2. Pegawai Rel 1

Syarat Lantikan:

i. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ii. Mempunyai Ijazah Sarjana/Ijazah dalam bidang kejuruteraan;

iii. Mempunyai sekurangnya 10 tahun pengalaman relevan dengan deskripsi tugas dengan 5 tahun daripadanya pengalaman dalam bidang berkaitan Rel;

iv. Mempunyai pengalaman mengendalikan projek-projek berkenaan kereta api (seperti pengawal seliaan, projek fizikal, atau operasi dan penyelenggaraan; dan

v. Mahir menggunakan aplikasi MS Office terutamanya Power Point.

Deskripsi Tugas:

i. membantu melaksanakan kajian semula terhadap rangka kerja Railway Network Access Agreement (RNAA) bagi memastikan perjanjian tersebut adalah komprehensif dalam menjaga kepentingan RAC;

ii. memastikan semua apendiks dan Definitive Agreements di bawah RNAA adalah lengkap dan mengandungi maklumat yang tepat;

iii. memastikan proses ‘due diligence’ ke atas aset-aset kereta api yang digunakan oleh KTMB dilaksanakan sebelum RNAA dilaksanakan;

iv. membantu menyediakan pelan pelaksanaan RNAA bagi memastikan pelaksanaannya dapat dijalankan dengan teratur; dan

v. membantu dalam menguruskan penubuhan anak syarikat RAC yang akan menjadi enjin pelaksanaan RNAA.


3. Ketua Pegawai Perancang Pembangunan Hartanah

Syarat Lantikan:

i. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ii. Mempunyai Ijazah dalam bidang Senibina, Pengurusan Projek Dan Fasiliti, Kejuruteraan (Awam,Mekanikal dan Elektrikal) atau Pengurusan bangunan;

iii. Mempunyai sekurangnya 10 tahun pengalaman yang relevan;

iv. mempunyai kemahiran analisis, komunikasi dan penulisan yang baik;

vi. Mahir menggunakan aplikasi MS Office terutamanya Power Point; dan

vii. Mempunyai pengalaman dalam mengendalikan projek pembangunan berkonsepkan Transit Oriented Development (TOD) dan infrastruktur skala besar.


Deskripsi Tugas:

i. Merancang pembangunan berkonsepkan Transit Oriented Development (TOD) ke atas lokasi tanah yang telah dikenalpasti berdasarkan Market Study dan Feasibility Study yang boleh dipercayai;

ii. Membuat analisis tawaran-tawaran yang diterima daripada syarikat/pemaju berpotensi bagi mendapatkan cadangan pembangunan yang bersesuaian dan memberikan pulangan yang optimum kepada RAC.

iii. Melaksana dan memantau projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan agar dapat disiapkan mengikut tempoh, kos dan spesifikasi yang ditetapkan


Cara Memohon:

Pemohon yang berminat hendaklah menggunakan borang RAC/BPJ/1/2019 yang boleh didapati di laman sesawang (website) http://www.rac.gov.my @ melalui link yang admin sediakan di bawah.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah ditulis disudut atas sebelah kiri sampul surat nama jawatan yang dimohon.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Pengurus Besar
Perbadanan Aset Keretapi
Bahagian Khidmat Pengurusan,
No.29G, Blok B, Jln TKS 1,
Kajang Sentral Business Park,
43000 Kajang, Selangor

Dokumen-dokumen yang dikehendaki:

i. Salinan Kad Pengenalan;

ii. Salinan Surat Beranak;

iii. Salinan Sijil Pendidikan Malaysia dan sijil berhenti sekolah;

iv. Salinan sijil-sijil pendidikan dan sijil berkaitan; serta

v. Sekeping gambar berukuran passport yang terbaru
(Sila pastikan dokumen-dokumen berkaitan diakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Professional atau mana pegawai-pegawai yang sama taraf diberi tauliah yang boleh mengesahkan dokumen-dokumen di atas)


Permohonan Yang Akan Ditolak

i. Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan di para 5;

ii. Tidak lengkap atau tidak terang;
iii. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

iv. Tidak tulis nombor kad pengenalan;

v. Tidak ditandatangani oleh pemohon; dan

vi. Permohonan yang lewat dari tarikh tutup permohonan.


Catatan Am

Hanya permohonan yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Calon-calon yang berjaya dipanggil temuduga akan dimaklumkan melalui surat panggilan temuduga, emel atau telefon; dan

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 08 November 2019 (Jumaat)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Muatturun Borang Permohonan

Post a Comment