Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Imigresen Malaysia - 5 Jan 2020 [799 Kekosongan]

2 comments
Jawatan Kosong 2020 di Jabatan Imigresen Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia

Jawatan Kosong 2019 di Jabatan Imigresen Malaysia

Mengenai Kami

Pada awal sebelum Perang Dunia Kedua, Jabatan Imigresen melaksanakan tugas-tugas kawalan dan pemeriksaan imigresen. Tugas ini melibatkan pemeriksaan fizikal dan dokumen perjalanan di pintu-pintu masuk.

Pengurusan Imigresen ditadbir oleh seorang pegawai kanan Malaysian Civil Service dengan gelaran jawatan 'Immigration Officer, Stearits Settlement and Federated Malay States'. Seorang Timbalan Pegawai Imigresen iaitu seorang pegawai polis secara pinjaman ditempatkan di Pulau Pinang, yang merupakan pintu masuk ke Malaya. Pintu-pintu masuk lain ialah Changloon, Padang Besar, Kroh dan Port Swettenham. Pusat Pentadbirannya terletak di Singapura.

Selepas Perang Dunia Kedua, Jabatan Imigresen dikenali sebagai "Refugees and Displaced Persons Bureau" yang berpusat di Kuala Lumpur dan diketuai oleh seorang pegawai British Military Administration. Tugas utamanya adalah membawa balik orang-orang yang terkandas di luar Negara akibat Perang Dunia Kedua.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM / SKM

1. PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP19 - 799 Kekosongan


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

warganegara Malaysia;

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).


Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.


Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Jabatan Imigresen Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 05 Januari 2020 (Ahad) jam 11:59 malam


2 comments

  1. Replies
    1. Untuk jawatan kosong ni perlu mohon online. Admin dah sediakan link untuk mohon melalui online kat atas. Tak perlu hantar resume

      Delete

Post a Comment