Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Kerajaan di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) - 11 Dis 2019 [24 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2019 di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN)

Jawatan Kosong Kerajaan 2019 di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN)

Ringkasan Sejarah

Sejak penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 sehingga bulan Mac 1951, pentadbiran Malaysia di peringkat Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Pusat (Central Government) telah diuruskan oleh tiga orang pegawai tinggi Inggeris yang digelar Ketua Setiausaha atau Setiausaha Kerajaan (Chief Secretary), Peguam Negara (Attorney General) dan Setiausaha Kewangan (Financial Secretary).

Dalam bulan Mac 1951, pemerintahan penjajah Inggeris di Persekutuan Tanah Melayu telah membuat satu perubahan penting lagi bersejarah dengan mengadakan satu cara baru yang dinamakan 'Sistem Ahli' (Member System).Pada masa itulah mula wujudnya portfolio atau jabatan yang dinamakan Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri yang kini dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Sehingga kini, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah menjalani sejarahnya tersendiri dan beberapa kali bertukar nama dari Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri (Department of Home Affairs), Kementerian Dalam Negeri dan Keadilan (Ministry of the Interior and Justice), Kementerian Dalam Negeri (Ministry of the Interior) dan Kementerian Dalam Negeri (Ministry of Internal Security), Kementerian Dalam Negeri (Ministry of Home Affairs) dan kini dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH

1. PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP41 - 24 Kekosongan


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Warganegara Malaysia;

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,081.00);atau

(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis dan Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau

(iii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaa ialah pada Gred KP41: RM 2,285.00);atau

(iv) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,387.21).

(d) Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia:

(i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang Perikanan, Pertanian Hortikultur, Pemakanan atau Teknologi Makanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,390.37);atau

(ii) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar atau Ijazah Ilmu Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,693.84).

Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 11 Disember 2019 (Rabu) jam 11:59 malam

Post a Comment