Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) - 31 Mac 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)

Jawatan Kosong 2020 di Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)

Latar Belakang

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan.Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. Eksekutif Perhubungan Pelanggan


Syarat – Syarat Kelayakan:

i. Terdiri daripada warganegara Malaysia;

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii. Memiliki Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi, pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

iv. Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan;

v. Berkebolehan bertutur Bahasa Inggeris dan mahir mengendalikan komputer serta mempunyai asas mempunyai asas Microsoft Office; dan

vi. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman sekurangkurangnya tiga (3) tahun dalam bidang perhubungan pelanggan.


Skop Tugasan:

Khidmat Komunikasi

i. Bertanggungjawab untuk mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon daripada luar yang berurusan dengan Syarikat;

• Menjawab panggilan dengan segera iaitu sebelum deringan kedua atau selewat-lewatnya semasa deringan ketiga;

• Menjawab panggilan dengan mesra dan suara yang jelas untuk didengar oleh pemanggil; dan

• Menjawab panggilan dengan ucapan selamat dan diikuti oleh pengenalan diri dan nama organisasi dengan nada suara yang ceria dan ramah.

Khidmat Perhubungan Pelanggan

i. Bertanggungjawab untuk melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan
antaranya:

• Memberikan penerangan kepada pelanggan/tetamu yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi;

• Membantu pelanggan/tetamu untuk berurusan dengan Pegawai yang berkaitan mengenai isu berbangkit (sama ada mengenai aduan atau maklum balas yang diperlukan);

• Merekod dan memantau aduan perkhidmatan daripada pelanggan/tetamu sehingga kes selesai; dan

• Memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.

ii. Bertanggungjawab mengumpul, menyenggara dan menggunakan maklumat pelanggan/tetamu untuk mencadangkan penambahbaikan ke atas penyampaian perkhidmatan.


Cara-cara Memohon:

i. Borang permohonan FELCRA Berhad adalah WAJIB diisi boleh didapati di laman web
www.felcra.com.my ataupun boleh didapati di Ibu Pejabat FELCRA Berhad, Wisma
FELCRA, Lot PT 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya, Peti Surat 11254, 50772 Kuala
Lumpur. (Cawangan Pengurusan Sumber Manusia Aras 4)

ii. Permohonan mestilah dihantar secara lengkap dan disertakan ‘resume’, satu salinan kad pengenalan, salinan sijil Diploma, SPM, PMR dan lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan, berserta sekeping gambar berukuran pasport yang terkini dan dialamatkan kepada:-

Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad,
Ibu Pejabat FELCRA Berhad,
Wisma FELCRA, Lot PT 4780, Jalan Rejang,
Setapak Jaya, Peti Surat 11254,
50772 Kuala Lumpur.
UP: (Cawangan Pengurusan Sumber Manusia Aras 4)

(Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di ruangan atas sebelah kiri sampul)


Catatan:

Hanya calon-calon yang layak akan dipanggil untuk ditemu duga. Mereka yang tidak menerima jawapan dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Gaji yang ditawarkan adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman tertakluk kepada Skim Perkhidmatan FELCRA Berhad.


(Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di ruangan atas sebelah kiri sampul) 


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2020 (Selasa)


Klik Untuk Muatturun Iklan Jawatan

Post a Comment