Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) - 11 Jun 2020

Jawatan Kosong 2020 di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

Jawatan Kosong 2020 di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

Tentang kami

KEJORA adalah salah sebuah agensi kemajuan wilayah yang diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. KEJORA ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta 75. Secara umumnya KEJORA bertanggungjawab untuk memajukan kawasan Johor Tenggara yang mempunyai keluasan 300,364 hektar.

Mengikut Seksyen 4(1), Akta 75, tugas-tugas Lembaga adalah seperti berikut:

Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Johor Tenggara;

Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perusahaan dan perdagangan dalam kawasan Johor Tenggara;

Mengawal dan menyelaras perlaksanaan kegiatan-kegiatan yang tersebut di atas, dalam kawasan Johor Tenggara.

Pencapaian KEJORA ialah mewujudkan 6 buah bandar baru yang telah dibina sebanyak 6,547 unit rumah serta 423 ruang perniagaan. Selain daripada itu, semua bandar tersebut telah dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan awam dan sosial. Bilangan penduduk di kawasan Johor Tenggara telah meningkat daripada lebih kurang 66,000 orang pada tahun 1972 kepada seramai 144,555 orang pada tahun 1996. Aktiviti utama ekonomi wilayah ini adalah (termasuk perikanan) serta perindustrian dan pelancongan.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Johor
Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

3. PENOLONG JURUAUDIT W29

4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

5. PEGAWAI TADBIR N41

6. ARKITEK J41


CARA MEMOHON

Permohonan hanya boleh dibuat secara online melalui Laman Web KEJORA di alamat www.kejora.gov.my iaitu pada pautan e-Perjawatan atau di alamat http://eperjawatan.kejora.gov.my

C. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

D. Hanya Calon Yang Layak Selepas Tapisan Sahaja Akan Dipanggil Untuk Ditemuduga.

E. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap gagal.

F. Sila berhubung dengan Pn. Hjh. Fauziah binti Ahmad atau Cik Siti Maimunah binti Mohd Naim
untuk sebarang pertanyaan ditalian 07-8843000.

PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)
81930 BANDAR PENAWAR, JOHOR DARUL TA’ZIM


Tarikh Tutup Permohonan : 11 Jun 2020 (Khamis)


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.