Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis - 12 Jun 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis

Jawatan Kosong 2020 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis

Sejarah UiTM Perlis

Sebagai Kampus Cawangan UiTM yang ketiga tertua, UiTM Cawangan Perlis merupakan kampus cawangan yang terbesar selepas kampus induk Shah Alam.  UiTM Cawangan Perlis telah berjaya meletakkan dirinya sebagai salah sebuah institusi pengajian awam tersohor di Perlis.  Penubuhannya bermula dengan perasmian pada 5 Julai 1974 dengan pengambilan pelajar perintis seramai 258 orang yang mengikuti 6 program yang ditawarkan; 1 program persediaan dan 5 program diploma.  Bilangan tenaga pengajar pada ketika itu ialah 15 orang dan dibantu oleh 31 kakitangan pentadbiran dan staf sokongan.  Pada masa itu ia beroperasi di kampus sementara yang bertempat di sebuah bangunan Rumah Pengakap yang telah diubahsuai di Jalan Padang Katong, Kangar.  Kampus tetap ITM Perlis mula beroperasi pada tahun 1980 di atas sebidang tanah seluar 335 ekar di Arau.

Di atas ehsan pihak Kerajaan Negeri Perlis, sebidang tanah seluas 335 ekar di Arau telah diperuntukkan bagi membangunkan kampus tetap ITM Perlis. Kampus ini mula beroperasi pada tahun 1980. Keluasan kampus telah bertambah menjadi 464 ekar dengan pengurniaan tanah oleh DYMM Raja Perlis dan pihak Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 2002. 240 ekar daripada keluasan kampus diperuntukkan kepada Unit Ladang untuk dimajukan bagi tujuan pembelajaran, penyelidikan dan juga untuk tarikan pelancong. Sementara itu, pada tahun 2004, 129 ekar lagi telah diperuntukkan untuk aktiviti pembangunan dan penyelidikan UiTM Cawangan Perlis.

UiTM Cawangan Perlis telah berkembang pesat daripada aspek akademik dan juga fizikal. Sebanyak 38 program iaitu 18 program Ijazah dan 20 program Diploma dan 2 program Pra Diploma (MDAB) ditawarkan oleh 8 buah Fakulti. Kampus ini kini mempunyai 7,887 orang pelajar sepenuh masa. Bilangan kakitangan pula telah mencecah 807 orang yang mana 405 daripadanya ialah kakitangan akademik dan 402 ialah kakitangan bukan akademik. Selain itu, pelbagai kemudahan infrastruktur juga disediakan. Antaranya ialah 7 kolej kediaman siswa, 7 kolej kediaman siswi, 4 blok dewan makan, sebuah perpustakaan, 136 bilik kuliah, 5 dewan syarahan, 23 makmal sains, 17 makmal komputer, 2 makmal bahasa, 7 bengkel kejuruteraan, Dewan Sri Semarak, masjid, mini stadium dan gimnasium. Beberapa kemudahan seperti asrama, dewan dan gimnasium dibenarkan untuk disewa oleh orang ramai.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Perlis
Jawatan:

1. PROFESOR VK7

2. PROFESOR MADYA DM53

3. PENSYARAH KANAN DM51

4. PENSYARAH DM45

5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) N19


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROFESOR - PENSYARAH

1. Calon bagi lantikan hendalah memiliki kelayakan seperti berikut

(a) Warganegara Malaysia:

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DM45 (PENSYARAH)

(c) i. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau

ii. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dan Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia (Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau

iii. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,380.37)


KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DM51

(d) i. memiliki kelayakan seperti di perenggan 1(c) ;dan

ii. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

iii. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DM51: RM5,855.00)


KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED DM53 (PROFESOR MADYA)

(e) i. memiliki kelayakan seperti di perenggan 1(c) ; dan

ii. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

iii. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DM53: RM6,162.00)


KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR)

(f) i. memiliki kelayakan seperti di perenggan 1(c) ; dan

ii. membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

iii. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DM53: RM7,676.00)


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau BadanBadan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan
dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.

2. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang
telah DISAHKAN:

a) Kad Pengenalan

b) Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf

c) Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik
Terperinci)

d) Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA)

e) Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk
mengambilkira pengalaman kerja/ penetapan gaji

f) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan
kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)

3. Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah
kiri sampul surat permohonan.

4. Keutamaan hanya diberi kepada calon-calon yang memiliki Ijazah Sarjana/Ph.D
dengan CGPA 3.00 dan ke atas/ Kelas Kedua Tinggi di peringkat Ijazah Sarjana
Muda.

5. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan
berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.

6. Hanya permohonan yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

7. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh
tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
4

8. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Perlis.


SYARAT LANTIKAN PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) N19

Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM 1,352.00)

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,464.80 Dan

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan ;

(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau

(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) Had umur pelantikan:

(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegwai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun


PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

2. Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Perlis di http://perlis.uitm.edu.my atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis.

3. Setiap permohonan mestilah disertakan bersama salinan dokumen berikut yang telah DISAHKAN;

• Kad Pengenalan

• Sijil SRP/PMR, SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf

• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik/Terperinci)

• Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji

4. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau badan-badan Berkanun mestilah melalui ketua jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini.

5. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

6. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

7. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya


Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PERLIS
KAMPUS ARAU
02600 ARAU
PERLIS

No. Tel : +(604)-9882000


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 12 Jun 2020 (Jumaat)

Post a Comment