Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri - 12 Jun 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri.

Jawatan Kosong 2019 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri

Latar Belakang

Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri atau lebih dikenali sebagai IDFR telah ditubuhkan pada 1 Julai 1991 di bawah Jabatan Perdana Menteri susulan keputusan Kabinet pada 6 Mac 1991. Ia telah dilancarkan secara rasmi pada tahun yang sama iaitu pada 12 Ogos 1991 oleh Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Pada 27 Mac 2001, IDFR secara rasminya telah menjadi sebahagian daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) Malaysia. Selepas perpindahan Wisma Putra ke lokasi baru di Putrajaya, tapak lama kementerian telah dijadikan kampus IDFR. Kampus baru yang terletak di Jalan Wisma Putra telah dibuka secara rasmi pada 2006.

Sebagai pusat latihan bagi KLN, IDFR mengendalikan program-progran latihan bagi pegawai-pegawai diplomatik Malaysia serta pegawai-pegawai dari kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Selain daripada kursus teras yang ditawarkan oleh pihak IDFR iaitu kursus latihan diplomatik, IDFR juga menyediakan latihan kemahiran professional bagi membantu pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat.

Program-program latihan tersebut bertujuan untuk melengkapkan pegawai dengan kemahiran dan pengetahuan bagi menghadapi cabaran ketika melaksanakan tugasan baik di dalam negera mahupun luar negera. Selain itu, para peserta kursus di IDFR turut ditawarkan untuk mempelajari bahasa-bahasa asing seperti bahasa Mandarin, bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan juga bahasa Arab.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. Penyelidik Pakar (Gred 52)

TARAF JAWATAN : KONTRAK PERKHIDMATAN (COS)

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

JADUAL GAJI :

GAJI MINIMUM
RM5,531.25

GAJI MAKSIMUM
RM8,955.52

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 290.00


SYARAT LANTIKAN:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Memiliki PhD dalam bidang yang berkaitan dengan Hubungan Antarabangsa yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT TAMBAHAN:

a) Mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun pengalaman bekerja dalam skop bidang yang berkaitan dengan jawatan ini;

b) Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam menjalankan penyelidikan dan/ atau mengajar;

c) Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan Malaysian University English Test (MUET) Band 4 dan ke atas; dan

d) Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


CARA MEMOHON:

a) Sila e-melkan resume anda kepada vacancy@idfr.gov.my

b) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 12 Jun 2020 (Jumaat)



*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Post a Comment