Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kangar (MPK) - 23 Jun 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Majlis Perbandaran Kangar (MPK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kangar (MPK)

Jawatan Kosong 2019 di Majlis Perbandaran Kangar (MPK)

Latar Belakang

Sebelum tahun 1956, Kerajaan Tempatan di Negeri Perlis terletak di bawah "Town Board Enactment F.M.S. Cap 137" yang melibatkan tujuh kawasan pekan iaitu Kangar, Arau, Kuala Perlis, Simpang Empat, Kaki Bukit, Padang Besar dan Pauh. Keseluruhan kawasan Kerajaan Tempatan adalah seluas 2,848 kilometer persegi dengan bilangan penduduknya seramai 13,910 orang.

Kawasan Kerajaan Tempatan pada ketika itu, telah ditadbir oleh Lembaga Kesihatan atau dikenali oleh masyarakat setempat sebagai "Sanitary Board". Pengerusi lembaga berkenaan adalah Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri dengan dibantu oleh 11 orang Ahli Lembaga yang berkuasa memberi nasihat kepada Pesuruhjaya tersebut. Dari segi kewangan, anggaran perbelanjaan dan hasil disediakan sama seperti jabatan kerajaan yang lain iaitu sebahagian daripada Pentadbiran Kerajaan Negeri disamping sebahagian lagi oleh Kerajaan Tempatan sendiri. Baca lagi..



Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Perlis
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29

2. PENOLONG JURUTERA JA29

3. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29

4. PENOLONG AKAUNTAN W29

5. PEMBANTU PENILAIAN W19

6. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19



SYARAT KELAYAKAN PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Diploma undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred L29:RM1,847.86). dan

(e) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

**(keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki enam (6) kepujian dalam subjek teras SPM termasuk Bahasa Melayu)


SYARAT KELAYAKAN PENOLONG JURUTERA GRED JA29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil dalam bidang kejuruteraan awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau

(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02). dan

(d) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

**(keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki enam (6) kepujian dalam subjek teras SPM termasuk Bahasa Melayu)


SYARAT KELAYAKAN PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau

(ii) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau

(iii) Diploma dalam bidang pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,851.28) dan

(d) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

**(keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki enam (6) kepujian dalam subjek teras SPM termasuk Bahasa Melayu)


SYARAT KELAYAKAN PENOLONG AKAUNTAN GRED W29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil dalam bidang penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29 : RM1,510.92); atau

(ii) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau

(iii) Diploma dalam bidang perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,776.08)

(d) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

**(keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki enam (6) kepujian dalam subjek teras SPM termasuk Bahasa Melayu) dan

(e) (i) Mempunyai pengalaman di dalam bidang pengauditan sama ada di dalam sektor kerajaan atau firma audit swasta; atau

(ii) Mempunyai pengalaman di dalam penyediaan set lengkap akaun pengurusan (full set of management accounts) atau penyediaan penyata kewangan.


SYARAT KELAYAKAN PEMBANTU PENILAIAN GRED W19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80). dan

(d) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

**(keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki enam (6) kepujian dalam subjek teras SPM termasuk Bahasa Melayu)


SYARAT KELAYAKAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik,Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf  setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80); atau

(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80). dan

(d) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

**(keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki enam (6) kepujian dalam subjek teras SPM termasuk Bahasa Melayu)


CARA MEMOHON DAN SYARAT-SYARAT

1. Iklan kekosongan jawatan ini boleh dilihat dalam laman web rasmi Majlis Perbandaran Kangar dengan melayari mpkangar.gov.my

2. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PABMS/MPK.PS – 12 – R1-2020 yang boleh didapatkan dalam laman web rasmi Majlis Perbandaran Kangar, Perlis dan semua permohonan jawatan perlu disertakan resume bersama salinan Sijil/dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut :

i) Kad Pengenalan ( depan dan belakang ),

ii) Sijil Kelahiran,

iii) Sijil Berhenti Sekolah,

iv) Sijil-sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/Diploma/Ijazah atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan),

v) Sijil Kegiatan Luar (jika ada),

vi) Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

3. Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen (Asal) semasa menghadiri temuduga tersebut.

4. Permohonan daripada Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Penguasa Tempatan yang memohon dikehendaki memaklumkan kepada Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan Pegawai-Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Bahagian III, Peraturan 18 serta mengemukakan secara berasingan ke pentadbiran Majlis dokumen-dokumen yang diakui sah oleh Ketua Jabatan seperti berikut:

i) Surat Pengesahan Ketua Jabatan,

ii) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini,

iii) Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini,

iv) Salinan surat kelulusan perisytiharan harta, dan

v) Salinan penyata gaji yang terkini.

5. Permohonan daripada Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Majlis Perbandaran Kangar, Perlis hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG / PERINGATAN KHAS

(a) Tarikh tutup permohonan jawatan kosong bagi jawatan tersebut di atas ialah pada 23 Jun 2020 (Selasa), selewat-lewatnya sebelum jam 5 petang.

(b) Pemohon yang telah memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula jawatan tersebut. (Rujuk iklan yang bertarikh 16 Mac 2020)


MAKLUMAT AM

1. Permohonan berikut AKAN DITOLAK sekiranya :

i) Tidak menyertakan salinan dokumen/Sijil yang disyaratkan ;

ii) Menyertakan salinan dokumen/Sijil yang tidak dibuat pengesahan;

iii) Borang permohonan tidak diisi dengan lengkap dan tulisan tidak terang / jelas;

iv) Memohon jawatan yang tidak diiklankan;

v) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

vi) Borang permohonan tidak ditandatangani;

vii) Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan; danviii) Borang permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa
Tempatan.

2. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.

3. Segala perbelanjaan berhubung permohonan ini dan bagi menghadiri temuduga sekiranya dipilih untuk peringkat tersebut tidak akan ditanggung oleh Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.



ALAMAT PERMOHONAN

1. Permohonan yang lengkap diisi beserta salinan/dokumen yang telah disahkan hendaklah dialamat dan disampaikan kepada :

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS,
NO. 192, PERSIARAN JUBLI EMAS,
01000 KANGAR,
PERLIS.
(u.p : Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia)

2. Satu borang hanya untuk satu jawatan sahaja.

3. Sila tuliskan ’nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan.


*Untuk membaca syarat kelayakan setiap jawatan di atas, sila klik yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 23 Jun 2020 (Selasa)


Klik Untuk Baca Maklumat Perjawatan

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan

Post a Comment