Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 26 Jun 2020 - KERJA KOSONG 2020 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2020

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 26 Jun 2020

Jawatan Kosong 2020 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Jawatan Kosong 2019 di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Latar Belakang

Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula dengan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) yang beroperasi di sebuah kampus yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999. Penubuhan Universiti ini adalah hasil daripada cetusan idea Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang mana ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat, KUKTEM telah berpindah ke kampus sementara yang lebih besar dan kondusif di Bandar MEC, Gambang pada 24 April 2003. Kampus yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat Bandar Kuantan ini mempunyai keluasan 65,000 m² dan terletak di lokasi strategik yang berhampiran dengan Lebuh Raya Pantai Timur, zon perindustrian kimia, petrokimia, pembuatan, automotif dan juga bioteknologi bagi Pahang.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Pahang
Jawatan:

1. PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS45/DS51/52/DS53/54/VK7/VK6/VK5

2. GURU BAHASA GRED DG41/DG44/DG48/DG52/DG54


Syarat Kelayakan Pensyarah Universiti Gred DS45/DS51/52/DS53/54/VK7/VK6/VK5

1. CALON HENDAKLAH MEMILIKI KELAYAKAN ASAS SEPERTI BERIKUT:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Kelayakan Lantikan Bagi Jawatan Pensyarah Universiti Gred DS45

d. (i) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,070.00); atau

(ii) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,380.37); atau


Kelayakan Lantikan Bagi Jawatan Pensyarah Universiti Gred DS51

e. (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan (1.d.) ;

(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan (Gaji permulaan ialah pada Gred DS51: RM5,855.00)


Kelayakan Lantikan Bagi Jawatan Profesor Madya Gred DS53

f. (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan (1.d.) ;

(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan

(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS53: RM6,162.00).


Kelayakan Lantikan Bagi Jawatan Gred Khas C (Profesor)

g. (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan (1.d.) ;

(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan

(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C: RM7,676.00).


Keutamaan kepada calon:

Mempunyai kemahiran dalam bidang:

1) Accounting & Finance

2) Business Management


Klasifikasi Bidang:

1) Business Management
 Law
 Marketing

2) Accounting & Finance
 Management Accounting


Syarat Tambahan :

1. Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD)

2. Mempunyai pengalaman industri dalam bidang berkaitan


Syarat Kelayakan Guru Bahasa Gred DG41/DG44/DG48/DG52/DG54

1. warganegara Malaysia;

2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. ijazah sarjana muda dalam bidang pengajaran bahasa atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Tambahan Lantikan

1. Memiliki Kepujian sekurang-kurangnya C6 dalam Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau mencapai aras minimum 3 dalam Malaysia University English Test (MUET).

2. Mencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.00 pada peringkat ijazah sarjana muda.

3. Mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal dan pembentangan serta minat yang mendalam terhadap pengajaran dan pembelajaran.

4. Berkemahiran dengan penggunaan perisian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

5. Mempunyai minat untuk sentiasa meningkatkan kemahiran dalam pembangunan modul dan bahan pengajaran, pentaksiran dan lain-lain kemahiran berkaitan pengajaran dan pembelajaran.


Keutamaan kepada calon:

Mempunyai kemahiran dalam bidang:

1) Language & Communication

2) Education


Klasifikasi Bidang:

1. Mandarin as a Foreign Language

2. Chinese Language & Linguistics


Syarat Tambahan :

1. Calon hendaklah mencapai CGPA 3.00 dan ke atas pada peringkat Ijazah Sarjana Muda.

2. Calon hendaklah mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal dan pembentangan serta minat yang mendalam terhadap pengajaran dan pembelajaran.

3. Calon berkemahiran dengan penggunaan perisian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

4. Calon hendaklah mempunyai minat untuk sentiasa meningkatkan kemahiran dalam pembangunan modul dan bahan pengajaran, pentaksiran dan lain-lain kemahiran berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

5. Kekosongan jawatan adalah untuk Guru Bahasa Mandarin Gred DG41.


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Jun 2020 (Jumaat)


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Klik Iklan Lengkap Jawatan & Mohon Secara Online

0 Response to "Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 26 Jun 2020"

Post a comment