Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM) - 24 Jun 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Universiti Utara Malaysia (UUM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM)

Jawatan Kosong 2019 di Universiti Utara Malaysia (UUM)

Tentang UUM

Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya.

Perancangan pembinaan universiti keenam ini bermula apabila Kementerian Pendidikan Malaysia merancang untuk menubuhkan universiti ini dalam bulan Ogos 1983. Pada 19 Oktober 1983, Jemaah Menteri telah memberi kelulusan rasmi ke atas projek yang pada waktu itu dinamakan “Projek Universiti Keenam”, di Kedah. Beberapa bulan kemudian, pejabat sementara universiti keenam yang diberi nama Universiti Utara Malaysia ini dibuka secara rasminya pada 15 Februari 1984 di Jitra.

Empat bulan kemudian, UUM berpindah ke kampusnya yang pertama – Kampus Darul Aman di Jitra – pada bulan Jun 1984 apabila fasa pertama projek berkenaan siap. Perpindahan itu dilakukan bagi menyambut ketibaan sekumpulan pelajar sulung universiti menjelang kemasukan mereka pada awal bulan Julai 1984. Kampus tersebut didirikan di atas satu kawasan seluas 62 ekar di Bandar Darulaman, iaitu 18 km ke Utara Alor Setar dan 4.8 km dari Jitra.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Kedah
Jawatan:

1. PEREKA GRED B19


Syarat Lantikan:

i) Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); ATAU

ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); ATAU

iii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); ATAU

iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,418.12); ATAU

v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24); DAN

vi) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan ii, iii, iv dan v hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat tambahan: Lulus Ujian Khas (hanya kepada calon yang terpilih untuk ditemu duga sahaja)


Taraf Jawatan : Tetap


Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pereka adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaanpindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


Fungsi Bidang Tugas : Umum

Bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja reka bentuk grafik dan multimedia, pameran dan publisiti luar ke atas kempenkempen kerajaan dalam bentuk visual dan paparan bagi kerja yang berkaitan dengan seni dalam usaha memasarkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Bertanggungjawab dalam mencipta rekaan untuk persembahan dan props produksi. Menyelaras, merancang, menyedia reka bentuk bahan-bahan penerbitan dan trofi. Bertanggungjawab memastikan pentas persembahan, persiapan upacara sambutan ketibaan tetamu serta menyelaras bahan promosi ke negeri-negeri, di majalah, radio dan sidang media.


Cara Memohon:

i) Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem dalam talian (online) yang boleh dicapai melalui pautan laman sesawang http://www.perjawatan.uum.edu.my/

ii) Pemohon perlu mendaftar (bagi pengguna baharu sahaja) sebelum mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem ini.


Catatan Tambahan

a. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga.

b. Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.

c. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Universiti Utara Malaysia.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman
Tel : 04-928 3114/3113
Faks : 04-928 3120


Tarikh Tutup Permohonan : 24 Jun 2020 (Khamis)


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Post a Comment