Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Lenggong (MDLg) - 26 Jun 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Majlis Daerah Lenggong (MDLg) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Lenggong (MDLg)

Jawatan Kosong 2020 di Majlis Daerah Lenggong (MDLg)

Latar Belakang

Majlis Daerah Lenggong ditubuhkan pada 1 Disember 1979. Keluasan kawasan pentadbiran berjumlah 9,590 hektar dengan jumlah penduduk seramai lebih kurang 17,000 orang. Pekan Lenggong adalah pusat pentadbiran yang terletak ditengah-tengah kawasan iaitu disebelah selatan 62 km. dari Bandar Diraja Kuala Kangsar dan sebelah utara 57 km. dari Gerik iaitu Pusat Pentadbir bagi Daerah Hulu Perak. Majlis Daerah Lenggong merangkumi 10 kawasan iaitu: Ayer Kala, Selat Pagar, Padang Grus, Rancangan Perumahan Awam Gua Badak, Rancangan Perumahan Awam Gelok, Pekan Lenggong, Kg. Kota Tampan, Taman Kota Tampan, Pekan Raban dan Pekan Kuak. Keluasan kawasan adalah seluas 60. 8km persegi. Dengan luas kawasan operasi ialah 3km persegi dan luas kawasan kawalan ialah 57. 8km persegi.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Perak
Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19

2. PEMBANTU AWAM GRED H11


Syarat Kelayakan:

SYARAT LANTIKAN PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19 :

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia keutamaan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan     Malaysia;

d) Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.



SYARAT LANTIKAN PEMBANTU AWAM GRED H11:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia keutamaan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;

d) Memiliki Lesen Memandu sekurang-kurangnya B2 dan memiliki kenderaan sendiri.



CARA MEMOHON :

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang RasmI (MDLG.Pkdm.1/96) yang boleh diambil di Pejabat Majlis Daerah Lenggong atau melalui laman sesawang Majlis Daerah Lenggong www.mdlg.gov.my atau melalui pautan link yang admin sediakan di bawah (borang sama untuk kedua-dua jawatan)


Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat;

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Lenggong,
Jalan Alang Iskandar,
33400 Lenggong,
Perak Darul Ridzuan


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Jun 2020 (Jumaat)


Klik Iklan Lengkap Jawatan & Cara Memohon

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan

Post a Comment