Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA) - 13 November 2020

Post a Comment

 Jawatan Kosong 2020 di Majlis Amanah Rakyat (MARA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA)


Jawatan Kosong 2018 di Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Latar Belakang

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41


Syarat Lantikan:

⦁ Warganegara Malaysia

⦁ Kelayakan

⦁ Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,188.00] atau

⦁ Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,391.94] atau

⦁ Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,391.94] atau

⦁ Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,902.98] atau

⦁ Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 3,209.60]

⦁ Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

⦁ Kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dan kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik atau satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris;

⦁ Pemohon subjek Pendidikan Islam (Tahfiz) hendaklah mempunyai kelayakan Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Isi di ruangan Seksyen D Bil. 18 di dalam borang permohonan online);

⦁ Sihat fizikal dan mental;

⦁ Aktif dalam kegiatan kokurikulum;

⦁ Memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dimohon);

⦁ Mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain – lain;

⦁ Bebas dari tindakan disiplin atau salah laku jenayah;

⦁ Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

⦁ Pegawai sedang berkhidmat yang layak hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan;

⦁ Pemohon hendaklah memohon jawatan ini berdasarkan kelayakan Ijazah dalam bidang pengkhususan yang tepat dengan subjek yang dimohon;

⦁ Pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau tidak mempunyai Diploma Pendidikan juga boleh memohon.


Cara membuat permohonan:

⦁ Permohonan hendaklah dibuat secara online / atas talian di portal rasmi MARA iaitu www.mara.gov.my dan juga laman media sosial rasmi MARA iaitu Facebook (https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat), Instagram (https://www.instagram.com/majlisamanahrakyat) dan Twitter (https://twitter.com/maragov) serta link yang sah sahaja.

⦁ Semakan pengiktirafan kelayakan boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu: www2.mqa.gov.my/esisraf.

⦁ Permohonan yang memenuhi dan menepati syarat lantikan skim sahaja akan diproses.

⦁ Setiap permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria – kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan pengkhususan ijazah yang tepat dengan bidang/subjek mengajar yang dimohon.

⦁ Permohonan yang melepasi tapisan sahaja akan melalui proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre).

⦁ Calon yang berjaya akan menerima pesanan ringkas SMS dan semakan boleh dibuat di laman web MARA dari semasa ke semasa.

⦁ Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ini dikeluarkan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

PENGARAH
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MARA TINGKAT 18, IBU PEJABAT MARA
21, JALAN MARA
50609 KUALA LUMPUR


Tarikh Tutup Permohonan : 13 November 2020


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Klik Maklumat Lengkap Jawatan


Post a Comment