Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Kerajaan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - 4 November 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2020 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Jawatan Kosong Kerajaan 2020 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) banyakjawatan.my

Sejarah KKM

Sejarah perkhidmatan kesihatan di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi. Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di Perak, pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak hospital iaitu 15 buah. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg. Siput, Slim River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik, Changkat Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan.

Pada tahun 1880, Hospital Taiping iaitu antara hospital tertua di negara ini dibina dan dikenali sebagai Hospital Yeng Wah. Hospital Taiping turut mencatat sejarah kerana menjadi hospital pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada umum oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen. Selain penubuhan hospital, tren penyakit berjangkit seperti malaria dan beri-beri, yang kerap berlaku mendorong kepada penubuhan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada tahun 1900. Kewujudan IMR adalah bertujuan untuk membuat kajian mengenai penyebab penyakit berjangkit ini dan kaedah untuk mengawal jangkitan terutama penyakit tropika.

Bukan itu sahaja, kebimbangan kemungkinan merebaknya penyakit ekoran daripada kekurangan zat makanan, penyakit cacar dan penyakit anjing gila juga mengukuhkan keperluan IMR ditubuhkan di negara ini. Bermula dari itu, kerja-kerja penyelidikan dan perkhidmatan rancak dijalankan dan pada tahun 1928, Bahagian Entomologi dan Badan Penasihat Malaria ditubuhkan. Menyusul selepas itu, diwujudkan pula Bahagian Pemakanan dan Biokimia, Bakteria serta Patologi.

Sejarah perkhidmatan kesihatan turut dicatatkan di Sarawak. Ia bermula ketika era Raja Brooke di mana hospital dibina khusus untuk merawat pegawai-pegawai berbangsa Eropah dan keluarga mereka. Gadis-gadis tempatan juga dilatih menjadi jururawat dan bidan di Kuching. Semasa zaman kolonial, perkhidmatan di negeri tersebut telah menfokuskan kepada rawatan perubatan di kawasan bandar. Dalam pada itu, perkhidmatan kesihatan di Sabah ditubuhkan oleh North Borneo Chartered Company yang memerintah negeri itu dari tahun 1881 hingga 1942.

Sejarah perkhidmatan kesihatan juga diwarnai dengan kewujudan perkhidmatan pergigian di Malaya dengan tertubuhnya klinik pergigian kerajaan yang pertama pada tahun 1929 di Jalan Silang ( dahulu dikenali sebagai Jalan Tun Tan Siew Sin), Kuala Lumpur. Untuk memastikan rakyat menikmati perkhidmatan pergigian yang lebih baik, Kolej Latihan Jururawat Pergigian telah ditubuhkan pada tahun 1949 di Pulau Pinang untuk melatih jururawat, teknologi pergigian dan pembantu pembedahan pergigian. Manakala Kolej Kejuruwaratan yang pertama ditubuhkan ialah Kolej Kejururawatan Pulau Pinang iaitu pada tahun 1947 dan diikuti dengan pembukaan asrama jururawat iaitu pada 16 Julai 1956 oleh Sir Donald Mc Gilivray K.C.M.G, M.B.E. Dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kejururawat Pulau Pinang. Kolej ini telah dimulakan dangan kurikulum baru iaitu Latihan Asas, Latihan Pos Basik iaitu Kursus Paediatrik, Kursus Kebidanan, Kursus Perawatan Rapi, Kursus Koronari dan Kursus Perioperatif..

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH

1. PEGAWAI SAINS GRED C41 (KIMIA HAYAT) -
 33 Kekosongan


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00)  


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan  
   

Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Juruterapi Pergigian dan Juruteknologi Pergigian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan

(b) had umur pelantikan:  
 
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

 
Pecahan Bidang:

  • Kementerian Kesihatan Malaysia -
  • Mikrobiologi - bidang Mikrobiologi
  • Kimia Hayat - bidang Biokimia
  • Genetik - Genetik dan Biologi Molekul, Biologi Sel
  • Embriologi - Biologi, Genetik
  • Forensik - Sains Forensik
  • Fizik - Fizik Perubatan, Fizik Kesihatan, Sinaran Perubatan
  • Biomedikal - Bioperubatan, Teknologi Makmal Perubatan
  • Kaji Serangga - Pengurusan Vektor dan Parasit, Entomologi, Entomologi Gunaan
  • Pemakanan - Sains Pemakanan/Nutrition, Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Sains Makanan dan Pemakanan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi-
Biologi/Kaji Hayat, Bioteknologi, Kimia, Sains pertanian, Perikanan, Mikrobiologi, Oseanografi, Sains Marin


Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 04 November 2020 (Rabu) jam 11:59 malam

Post a Comment