Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Bahagian Perkhidmatan Farmasi Johor - 3 Disember 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Bahagian Perkhidmatan Farmasi Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Bahagian Perkhidmatan Farmasi Johor

Jawatan Kosong 2020 di Bahagian Perkhidmatan Farmasi Johor

Latar Belakang

JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR (JKNJ) ditubuhkan pada 1905 dan dikenali dengan nama Pejabat Pengarah Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan Negeri Johor di bawah naungan Dato' Dr. J.P.A. Wilson, DPMJ (1905 - 1920) .Sehingga kini, seramai dua puluh sembilan (29) orang Pengarah telah mentadbir Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan mulai 26.5.2008 jawatan tersebut telah disandang oleh Datuk Dr. Mohd Khairi Bin Yakub.

Pada asalnya, JKNJ hanya menguruskan Bahagian Pengurusan dan Perubatan merangkumi lapan (8) buah daerah di Negeri Johor iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kluang, Segamat, Kota Tinggi dan Mersing. Sejajar dengan perkembangan dan pertambahan penduduk, jabatan ini telah berkembang kepada enam (6) bahagian utama iaitu:

Bahagian Pengurusan, Bahagian Perubatan, Bahagian Kesihatan Awam, Bahagian Farmasi, Bahagian Pergigian, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

Pada tahun 2003, Bahagian Pengurusan JKNJ telah disusun semula sejajar dengan hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia memperkukuhkan lagi pentadbiran semua Jabatan Kesihatan Kesihatan Negeri. Bahagian Pengurusan diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) yang kini disandang Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Gred M54. Bahagian Pengurusan mengandungi tujuh (7) unit sebagaimana berikut :

Unit Pentadbiran, Unit Perkhidmatan, Unit Kewangan, Unit Latihan, Unit Pembangunan, Unit Teknologi Maklumat, Unit Kaunseling.

JKNJ pada asalnya terletak di Tingkat 4, Wisma Persekutuan, Jalan Ayer Molek Johor Bahru dan kini telah berkembang kepada lima (5) tingkat iaitu tingkat 2, 3, 4, 5 dan 9 disebabkan oleh pertambahan unit-unit tersebut.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. PEMBANTU AWAM GRED H11 (SAMBILAN)


Gred : H11
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Skim Perkhidmatan : Sambilan
Kumpulan : Sokongan
Gaji : Gaji Pokok : RM54.00 sehari
Kelayakan Akademik : SPM


Kelayakan:

i) Warganegara Malaysia

ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan: dan

iv) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer, keputusan yang baik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris dan Sains).


Deskripsi Tugas:

a) Tugas - tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan dan pencetakan dokumen.

b) Pengiriman/penerimaan surat-surat rasmi jabatan ke pejabat pos/pihak berkuasa tempatan.

c) Kerja-kerja despatch ke Bahagian Perkhidmatan Farmasi Johor Bahru dan PTJ-PTJ /agensi-agensi kerajaan lain.

d) Urusan persediaan mesyuarat seperti menyediakan projector dan lain-lain.

e) Persediaan barang-barang pameran dan menghantarnya ke tapak pameran.

f) Membantu dalam melaksanakan aktiviti EKSA di pejabat.

g) Menolong pemantauan aset-aset di pejabat

h) Membuka dan mengunci pejabat


Cara Memohon:

Calon-calon yang berminat boleh memohon dengan menghantar permohonan dengan disertakan ”resume” kepada Cawangan Pengurusan seperti alamat di bawah ini selewat-lewatnya pada 03.12.2020.

Bahagian Perkidmatan Farmasi Johor
Cawangan Pengurusan
Jalan Persiaran Permai
Tampoi,
81200 Johor Bahru

Atau

Email kepada Puan Masuhaida Binti Moslim di alamat :- masuhaida@moh.gov.my, eeda72@yahoo.com.my


Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen- dokumen wajib seperti berikut :-

Sekeping gambar berukuran pasport;

Salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil

Akademik serta lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan;

Butiran maklumat peribadi/resume (Alamat dan no telefon HP/rumah adalah wajib).


Maklumat Am:

Hanya calon yang terpilih akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga.

Tempoh Perkhidmatan Januari 2021 Sehingga 31 Mac 2021 (3 Bulan)


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 03 Disember 2020 (Khamis)


Post a Comment