Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) - 27 November 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Jawatan Kosong 2019 di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

History

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29


(i) Pegawai Tadbir Gred N41 (Kontrak) - Pusat Temuduga adalah di Menara PTPTN, Kuala Lumpur

(ii) Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 - Pusat Temuduga adalah di Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Selangor


Syarat kelayakan Pegawai Tadbir Gred N41:

GAJI MINIMUM (RM) = 2,080.00
GAJI MAKSIMUM (RM) =  9,546.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43)


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Keutamaan Diberikan Kepada Calon Gred N41 Yang Memiliki Pengalaman Dan Kepakaran Dalam:

Bidang:

Teknologi Maklumat, Sains Komputer dan Kejuruteraan Komputer

Pengkhususan:

i. Boleh mengkaji dan menganalisis kesesuaian sistem komputer yang sedia ada;

ii. Boleh mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian untuk kegunaan organisasi;

iii. Mempunyai kemahiran atau berpengalaman dalam pembangunan sistem menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP atau Java; dan

iv. Mempunyai kemahiran dalam Structured Query Language (SQL), Cascading Style Sheet (CSS), Hyper Text Markup Language (HTML) dan Javascript



Syarat kelayakan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29:

GAJI MINIMUM (RM) = 1,493.00
GAJI MAKSIMUM (RM) = 5,672.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(iii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bagi Tujuan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam

Calon yang memiliki Sijil Matrikulasi KPM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana di Gred 29 yang bersesuaian. Gaji permulaan bagi kelayakan Sijil Matrikulasi KPM ditetapkan bersamaan dengan gaji minimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum skim perkhidmatan berkaitan.


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sebelum atau pada 27 November 2020 (Jumaat) di pautan link yang telah admin sediakan di bawah. 


Maklumat Khusus Kepada Calon:

(a) MAKLUMAN KEPADA CALON YANG DISENARAIKAN BAGI SESI TEMU DUGA

Calon yang berjaya dalam saringan/pemilihan temu duga akan dihubungi melalui e-mel bagi urusan sesi temu duga. Temu duga boleh dilakukan secara atas talian (online) menggunakan kaedah video interview melalui aplikasi Microsoft Teams atau kaedah lain yang akan dimaklumkan. Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon adalah aktif dan boleh digunakan.

(b) MAKLUMAN MELALUI TELEFON KEPADA CALON YANG BERJAYA DALAM SESI TEMU DUGA

Calon yang berjaya dalam sesi temu duga akan dihubungi melalui telefon bagi makluman tarikh lapor diri. Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon adalah aktif dan boleh digunakan.

(c) IMBUHAN / ELAUN

Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan dan Bantuan Sara Hidup akan dibayar kepada calon yang ditawarkan jawatan yang dipohon.

(d) PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan-jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

(e) PENEMPATAN DI PEJABAT NEGERI PTPTN (PPN) SELURUH NEGARA

Calon berjaya dan sedang berkhidmat di PTPTN boleh diarah bertugas di Pejabat PTPTN Negeri (PPN) seluruh negara.

(f) CATATAN AM

Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temu duga adalah atas tanggungjawab calon sendiri.


Tarikh tutup permohonan : 27 November 2020 (Jumaat) 


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Post a Comment