Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Maahad Tahfiz Negeri Pahang - 30 November 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Maahad Tahfiz Negeri Pahang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Jawatan Kosong 2020 di Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Latar Belakang

Detik bersejaraah penubuhan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) telah bermula dengan titah diRaja Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang supaya diwujudkan sebuah institusi seperti Akademi al-Quran bertujuan melahirkan para hafiz dan juga qari/qariah yang berwibawa memandangkan Pahang tidak mendapat tempat yang baik di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa dalam Majlis Tilawah al-Quran. Seterusnya suatu bentuk kerjasama dengan pihak Darul Quran JAKIM telah dibentuk pada tahun 1996 untuk melaksanakan program Diploma Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat (MTQP) di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan. Pelajar-pelajar ini telah mendapat tajaan biasiswa Yayasan Pahang.

Keperihatinan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang yang sentiasa mengambil berat terhadap perkembangan al-Quran di negeri Pahang menjadi pemangkin ke arah penubuhan institusi ini. YAB Menteri Besar Pahang selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang telah bersetuju agar Yayasan Pahang membina dan menubuhkan Maahad Tahfiz Negeri Pahang dengan kampus yang lengkap.

Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Ugama Islam Negeri Pahang yang bersidang pada 9 April 2002 telah meminta Yayasan Pahang mengkaji kemungkinan untuk memperluaskan program tahfiz yang pada awalnya dianjurkan di Masjid Negeri oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).Seterusnya, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang pada 17 September 2002 telah bersetuju untuk memperluaskan lagi program tersebut dengan pembinaan kampus tetap di atas tanah Yayasan Pahang seluas 8.7 ekar di Tanjung Lumpur, Kuantan dengan peruntukan sebanyak RM 10.73 juta. Kerja-kerja pembinaan kampus telah bermula pada 6 September 2004 dan telah siap pembinaannya pada 13 November 2005.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. GURU AKADEMIK (BAHASA MELAYU/SEJARAH)


Deskripsi Tugas:

- Menyediakan Rancangan Mengajar Harian (RPH) dan Rancangan Mengajar Tahunan (RPT)

- Melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)

- Mengendalikan program-program sekolah.


Kelayakan:

- Warganegara Malaysia.

- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

- Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu/Sejarah yang diiktiraf setaraf oleh kerajaandaripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

- Calon bagi lantikan hendaklah mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam
peperiksaan SPM.


Keutamaan akan diberikan kepada calon seperti berikut:-

- Memiliki Diploma Pendidikan

- Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 2 tahun bagi subjek Bahasa Melayu/Sejarah

- Mempunyai sahsiah dan keterampilan diri yang cemerlang.

- Mempunyai kemahiran dan teknik mengajar yang sangat baik dan mudah difahami.

- Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik.


Cara Memohon:

Sila isi permohonan secara atas talian melalui link yang admin sediakan di bawah.

Hanya calon yang berkelayakan yang akan dipanggil


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2020 (Isnin)



Post a Comment