Jawatan Kosong di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - 7 Disember 2020 [140 Kekosongan] - KERJA KOSONG 2021 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2021

Jawatan Kosong di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - 7 Disember 2020 [140 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2020 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Sejarah

Islam merupakan agama rasmi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 3 (1) yang menyatakan bahawa “Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”

Penubuhan Jakim bermula dengan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 1968 yang mana penubuhannya telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja. Pada tahun 1974 pula, Urus Setia MKI telah dinaikkan tarafnya kepada sebuah Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri dan diberi nama Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).. Read more..

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM:  IJAZAH

1. PEGAWAI HAL EHWAL AGAMA ISLAM GRED S41 - 140 Kekosongan


1. Jadual Gaji
 
Gaji Minimum : RM2,078.00
Gaji Maksimum : RM9,544.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00


2. Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c) (i) ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian islam berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86).


3. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan  


4. Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan  

(b) had umur pelantikan:

berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


5. Deskripsi Tugas:  

Mengetuai satu unit kecil/pasukan kerja sama ada dalam pengurusan dakwah/latihan/penyelidikan/penguatkuasaan undang-undang/pengurusan dan pengimarahan masjid/pengurusan Baitulmal/pengurusan halal.  


6. Senarai Tugas:  

Menyelaras, membantu dan merancang program berkaitan keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.

Bertanggungjawab menguruskan program keagamaan kepada pegawai dan kakitangan di Kementerian/Jabatan/Agensi.

Memantau dan menganalisis prestasi dan melapor pelaksanaan program-program keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.

Menjadi pakar rujuk dan memberi khidmat nasihat mengenai hal ehwal Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.

Membantu pihak Kementerian/Jabatan/Agensi merancang dan melaksana program berkaitan hari-hari kebesaran Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.

Bertanggungjawab menyediakan bajet tahunan berkaitan dengan program-program keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.

Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seluruh negeri. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 07 Disember 2020 (Isnin) jam 11:59 malam




0 Response to "Jawatan Kosong di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - 7 Disember 2020 [140 Kekosongan]"

Post a comment