Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah - 19 November 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah

Jawatan Kosong 2020 di Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah

Pengenalan

Welcome to Sabah and the Sabah Ports Authority, the golden gateway to Malaysia. The Sabah Ports Authority (SPA) is a state statutory body established in 1968 by the SPA Enactment 1967 which was repealed and replaced by the SPA Enactment 1981. The Authority is under the jurisdiction of the Ministry of Infrastructure Development, Sabah. Sabah Ports Authority will act as the regulatory authority responsible related to port activities and will ensure the terminal operator who operates the server ports in Sabah with the privatisation agreement fully and set standards plus benchmark for port operations comparable with ports in the region.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. PENOLONG AKAUNTAN, GRED W29


Syarat-Syarat Lantikan:

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia, anak jati Negeri Sabah yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ini dan memenuhi kelayakan-kelayakan seperti berikut :- 

a. (i) sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iii) Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(iv) Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai latar belakang dan pengalaman dalam bidang pengauditan serta mempunyai kebolehan menggunakan perisian perakaunan.

b. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Ringkasan Tugas

a. Umum 
Bertanggungjawab membantu Akauntan merancang, menyelaras dan melaksana kerja-kerja kewangan dan yang berkaitan;

b. Khusus
Akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Akauntan mengikut keperluan perkhidmatan dan tugas; dan

c. Melaksanakan tugas-tugas rasmi yang diarah Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.


Cara Memohon:

Permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Kerja LPS-1 yang boleh dimuat turun di laman web rasmi Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah di www.lpps.sabah.gov.my.  Admin ada sediakan link untuk muatturun borang di bawah. Permohonan mestilah disertakan dengan salinan (disahkan) sijil-sijil berikut :-

a. Kad pengenalan dan sijil kelahiran;
b. Diploma/Ijazah berserta transkrip;
c. Sijil-sijil PMR, SPM; dan
d. Sijil-sijil lain yang berkaitan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :

Pengurus Besar
Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah
Beg Berkunci No. 2005
88617 Kota Kinabalu, Sabah

Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

6. Sesi Temuduga Hanya pemohon yang layak selepas tapisan akan disenarai pendek dan akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 19 November 2020 (Khamis)


Klik Iklan Lengkap Jawatan

Post a Comment