Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) - 2 Disember 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF)

Jawatan Kosong 2020 di Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF)


Latar Belakang

Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser. Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.

Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga . Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tidak ada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan , banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki.Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun berasingan.Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu.Menariknya tandas awam beroperasi 24 jam dan bersih.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR N19 - 3 Kekosongan) - Kuantan


Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan
Kump. Perkhidmatan : Pelaksana
Status Lantikan : Kontrak


Jadual Gaji:

Minimum: RM1,352.00
Maksimum: RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00
Elaun : Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITK) – RM115.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) – RM300.00
Bantuan Sara Hidup – RM300.00


Syarat-Syarat Lantikan:

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00
 
Atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang bekaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80)


Syarat-Syarat Tambahan

i. Keutamaan adalah diberi kepada calon yang mempunyai Diploma yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer dengan baik.

ii. Berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang pelancongan, pemasaran dan perkhidmatan kaunter.

iii. Anak kelahiran Negeri Pahang diberikan keutamaan.


Syarat-Syarat Lantikan:

i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Peraturan Memohon:

i. Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh diperolehi dari Ibu Pejabat, Tourism Pahang (Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser), No. 33 & 33A, ICT HUB (Indian Town), Jalan Putra Square 4, 25200 Kuantan atau Pejabat Pengurusan Hartanah di Bukit Fraser dengan
harga RM1.00 sekeping. Borang Permohonan juga boleh dibeli secara online dengan membuat pembayaran sebanyak RM1.00 ke akaun Maybank PKBF no. 506016201324 dan emailkan bukti pembayaran ke webtourism16@gmail.com. Pihak kami akan menghantar borang permohonan ke email tuan/puan.

ii. Pemohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan sampul surat berukuran 10cm x 23cm (4in x 9in) beralamat sendiri dan bersetem RM0.60.

iii. Borang permohonan hendaklah diisi dengan selengkapnya dan disertakan SALINAN SIJIL YANG DISAHKAN DAN GAMBAR BERUKURAN PASPORT (TERBARU) dan alamat kepada

Pengurus Besar
Tourism Pahang
(Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser)
No. 33 & 33A, ICT HUB (Indian Town),
Jalan Putra Square 4,
25200 Kuantan.
(Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kanan sampul surat)

iv. Tarikh tutup permohonan adalah 02hb. Disember, 2020. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

v. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap gagal.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 02 Disember 2020


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Post a Comment