Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) - 16 November 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)

Jawatan Kosong 2019 di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)

Latar Belakang

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen, di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] yang diwartakan pada 3 September 2009. Akta 700 kemudian dikuatkuasakan pada 1 April 2011.

Akta ini menggantikan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis 2005. Penubuhan Suruhanjaya ini adalah selaras dengan sasaran Kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan integriti di kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan justeru memperkukuhkan keyakinan orang ramai terhadap mereka.

Sejak Akta ini dikuatkuasakan, Suruhanjaya ini telah mula melaksanakan fungsi-fungsi seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 4 Akta 700. Fungsi utama Suruhanjaya ini adalah menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan secara amnya dan menyiasat serta mengadakan pendengaran berhubung dengan aduan yang diterima. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti penguatkuasaan akan sentiasa dipantau dan sekiranya terdapat salah laku, tindakan susulan yang sewajarnya akan disyorkan.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N32

2. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)


Syarat Lantikan Penolong Pegawai Tadbir Gred N32:

(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan; atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(c) Mempunyai tempoh pengalaman yang relevan sekurang-kurangnya lapan (8) tahun dalam
bidang berkaitan.


Diskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N32:

Bertanggungjawab merancang dan menguruskan tugas-tugas yang berkaitan pengurusan dan
pentadbiran pejabat, pengurusan stor dan aset, pengurusan majlis rasmi, pembangunan kompetensi
dan perkhidmatan personel.


Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan EAIC yang boleh dimuat turun di laman web EAIC di www.eaic.gov.my; (boleh muatturun melalui yang admin sediakan di  bawah)

2. Semua permohonan hendaklah disertakan gambar terbaharu dan salinan Resume, sijil-sijil, salinan Surat Beranak dan Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;

3. Permohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat; dan

4. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan salinan buku perkhidmatan dan salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 3 tahun terakhir (2017, 2018 dan 2019).

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)
ARAS 5, BLOK MENARA, BANGUNAN MENARA USAHAWAN
NO.18, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
62652 PUTRAJAYA
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Sekiranya tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan,
permohonan dianggap tidak berjaya.



Syarat Lantikan Pekerja Sambilan Harian:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Calon-calon lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Calon-calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti yang berikut:

(i) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat (Programming) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(d) Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Diskripsi Tugas Pekerja Sambilan Harian:

Berpengetahuan dalam menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP Laravel dan mahir dalam HTML, CSS dgn MySQL utk pangkalan data.


Cara Memohon:

1. Sila kemukakan Resume berserta gambar berukuran pasport terkini dan juga salinan kad pengenalan, dan sijil SPM/STPM/Diploma/sijil tamat pengajian lengkap dengan transkrip ke alamat yang berikut:

SETIAUSAHA
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)
ARAS 5, BLOK MENARA, BANGUNAN MENARA USAHAWAN
NO.18, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2
62652 PUTRAJAYA
(u.p.: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

2. Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda “Pekerja Sambilan Harian” disebelah kiri atas sampul surat.

Pertanyaan:

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi SPSM, BKP ditalian yang berikut:

: Puan Nazatul Shyma binti Hassan - 03-88805703
: Encik Azali bin Ahmad - 03-88805705
: Encik Abdillah bin Laoding - 03-88805706



Tarikh Tutup Permohonan : 16 November 2020  (Isnin)



Post a Comment