Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) - 8 Disember 2020 [187 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2020 di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia

Jawatan Kosong 2019 di Jabatan Imigresen Malaysia

Mengenai Kami

Pada awal sebelum Perang Dunia Kedua, Jabatan Imigresen melaksanakan tugas-tugas kawalan dan pemeriksaan imigresen. Tugas ini melibatkan pemeriksaan fizikal dan dokumen perjalanan di pintu-pintu masuk.

Pengurusan Imigresen ditadbir oleh seorang pegawai kanan Malaysian Civil Service dengan gelaran jawatan 'Immigration Officer, Stearits Settlement and Federated Malay States'. Seorang Timbalan Pegawai Imigresen iaitu seorang pegawai polis secara pinjaman ditempatkan di Pulau Pinang, yang merupakan pintu masuk ke Malaya. Pintu-pintu masuk lain ialah Changloon, Padang Besar, Kroh dan Port Swettenham. Pusat Pentadbirannya terletak di Singapura.

Selepas Perang Dunia Kedua, Jabatan Imigresen dikenali sebagai "Refugees and Displaced Persons Bureau" yang berpusat di Kuala Lumpur dan diketuai oleh seorang pegawai British Military Administration. Tugas utamanya adalah membawa balik orang-orang yang terkandas di luar Negara akibat Perang Dunia Kedua.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH

1. PENGUASA IMIGRESEN GRED KP41- 47 Kekosongan

Gaji Minimum : RM2,081.00
Gaji Maksimum : RM9,547.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00 


1. Syarat Lantikan

(a) warganegara Malaysia;

(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;dan

(c) memiliki:

(i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26;

(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;dan

(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar


2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Syarat Ujian Khas:

Terbuka


4. Keperluan Tambahan:

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan / kelulusan ijazah sarjana muda yang telah diiktiraf oleh senat universiti / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.


KELULUSAN MINIMUM: DIPLOMA

2. PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN GRED KP29- 140 Kekosongan

Gaji Minimum : RM1,493.00
Gaji Maksimum : RM5,696.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00


1. Syarat Lantikan

(a) warganegara Malaysia;

(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;dan

(c) memiliki:

(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;atau

(iii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia; atau

(iv) diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) tinggis ekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26;

(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;dan

(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar


2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


3. Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Imigresen adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya ini untuk Peningkatan Secara Lantikan kejawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan diperenggan 1(c);dan

(b) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


4. Syarat Ujian Khas:

Terbuka


5. Keperluan Tambahan:

Hanya calon yang telah memperoleh kelayakan / kelulusan sijil / diploma yang telah diiktiraf oleh senat universiti / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.


Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 08 Disember 2020 (Selasa) jam 11:59 malam



Post a Comment