Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) - 11 Disember 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Jawatan Kosong 2020 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Latar Belakang

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.

Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG PERANCANG BAHASA S29 - 1 Kekosongan

2. PENOLONG JURUTERA JA29 - 2 Kekosongan


Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Penempatan : Ibu Pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka
Upah : RM72.00 sehari 


Syarat Lantikan:

i) Penolong Perancang Bahasa Gred S29

Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat atau Multimedia yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia.

Keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang Teknologi Maklumat atau Multimedia.

ii) Penolong Jurutera Gred JA29

Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia.

Keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang kejuruteraan


Cara Memohon:

3.1 Calon yang berminat perlu mengisi Borang Permohonan Jawatan Pekerja Sambilan Harian Borang PSM: 2/2019 dengan lengkap. Borang boleh dimuat turun dengan melayari laman sesawang DBP, http://lamanweb.dbp.gov.my atau muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah.

3.2 Calon juga perlu melampirkan sesalinan dokumen seperti yang berikut:

(a) Kad Pengenalan calon;
(b) Kad Pengenalan ibu dan bapa;
(c) Diploma berserta transkrip; dan
(d) Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia.

3.3 Gambar dengan imej yang kemas dan berukuran pasport (ditampal pada borang permohonan).

3.4 Borang yang telah diisi dengan lengkap dan dokumen seperti di perkara 3.2 perlu dihantar melalui e-mel ke alamat: pengambilan@dbp.gov.my

3.5 Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat lantikan akan dipelawa menghadiri temu duga secara dalam talian. Pelawaan temu duga adalah melalui e-mel.

3.6 Tarikh tutup permohonan ialah pada 11 Disember 2020


4. Keputusan Temu Duga

4.1 Hanya calon berjaya dan calon simpanan sahaja yang akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat dan e-mel.

4.2 Calon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh iklan ini dianggap tidak berjaya.

4.3 Segala keputusan dalam urusan ini muktamad.



* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 11 Disember 2020 (Jumaat)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Post a Comment