Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) - 15 Julai 2020 [30 Kekosongan]

1 comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2020 di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

Jawatan Kosong Kerajaan 2020 di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

Latar Belakang

Sejarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) adalah berkait rapat dengan Pasukan Home Guard yang ditubuhkan bertujuan bagi menjaga keselamatan setempat apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948 dan telah dibubarkan selepas darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.

Pada tahun 1963 hingga 1965, Pasukan Sukarelawan telah ditubuhkan semula dengan nama Pasukan Kawalan Khas berikutan negara menghadapi ancaman konfrontasi dengan Indonesia untuk bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan serta membantu agensi keselamatan. Pasukan Kawalan Khas telah dibubarkan selepas tamat konfrontasi.

Selepas insiden pada tahun 1969, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri berpendapat bahawa pentingnya untuk mewujudkan satu pasukan sukarela yang berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan serta third line of defence dalam menangani ancaman keselamatan negara.

Justeru, pada 11 Januari 1972 kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan RELA di bawah Seksyen 2 Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964.

Pada tahun 2005 hingga 2012, RELA telah diberi kuasa khas di bawah Akta Darurat 1964 untuk melaksanakan operasi membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Kuasa yang diberikan kepada RELA telah dilaksanakan dengan sebaiknya untuk membanteras PATI supaya keamanan negara dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Pada 22 Jun 2012, RELA telah dijenamakan semula dengan pemansuhan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia dan ditukarkan kepada Pasukan Sukarelawan Malaysia berdasarkan Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Akta 752) yang berteraskan konsep 5K 1P iaitu Keamanan, Keselamatan, Kesejahteraan, Kehamornian, Kesatuan dan Perpaduan.

Bermula pada 28 Ogos 2013, RELA telah dinaiktaraf menjadi sebuah Jabatan Persekutuan dan dikenali sebagai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM/SKM

1. PEMBANTU PERTAHANAN AWAM GRED KP19 - 30 Kekosongan


Syarat Lantikan:

i. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c. - Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

- Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau

- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).

dan

d. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

- mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

ii. Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(c)(i), 1(c)(iii) atau 1(c)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab mengetuai Pejabat Pertahanan Awam Daerah yang bertanggungjawab ke atas tugas-tugas pentadbiran / kewangan, pengurusan pasukan dan operasi bencana di daerah berkenaan.


Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) seluruh negara. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Julai 2020 (Rabu) jam 11:59 malam


1 comment

Post a Comment