Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - 28 Disember 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Jawatan Kosong 2020 di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Latar Belakang

Majlis Perbandaran Subang Jaya ( MPSJ ) ditubuhkan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171 ) di bawah Seksyen 4. Sebelumdiistiharkan sebagai  MPSJ, ia dikenali sebagai Majlis Daerah Petaling. Pada tahun 1994, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menaiktaraf Majlis Daerah Petaling kepada Majlis Perbandaran Subang   Jaya.

Kedudukan Geografi

Majlis Perbandaran Subang Jaya ( MPSJ ) merupakan salah satu daripada Pihak Berkuasa Tempatan yang terletak di dalam Wilayah Lembah Klang. Keluasaannya merangkumi 161.8 km persegi. Ia terdiri daripada dua (2) mukim iaitu Mukim Damansara dan Mukim Petaling.
Kedudukan MPSJ adalah strategi kerana ia bersempadan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ), Majlis Bandaraya Shah Alam ( MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya ( MBPJ ) dan Majlis Perbandaran Klang(MPK ).

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEMBANTU PENGUAT KUASA (LELAKI / WANITA) GRED KP19


Syarat kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia mengikut sistem terbuka dengan mendapat Kepujian di dalam 2 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat mata pelajaran yang lain; atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Kepujian dalam 2 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat mata pelajaran yang lain serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Kepujian dalam 2 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat mata pelajaran yang lain serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(b) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:-

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.60m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) Mempunyai ukuran Indek Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iii) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

(iv) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(v) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(vi) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat di lapangan oleh pegawai perubatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Umur

Calon-calon hendaklah berumur 19 tahun hingga 26 tahun pada tahun 2020.


Cara Memohon:
 
(i) Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL https://career.dbkl.gov.my:25061/psc/cgprd92/EMPLOYEE/HRMS/c/DCS_RC_EXT_MENU.DCS_RC_KERJA_LOGIN.GBL (admin ada sediakan pautan link untuk memohon di bawah)

(ii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan SPM dan sijil-sijil atau resume sehingga dihubungi untuk temu duga.


Catatan:

(i) Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.

(ii) Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

(iii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup permohonan : 28 Disember 2020 (Isnin)


Post a Comment