Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) - 4 Januari 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Jawatan Kosong 2020 di Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Latar Belakang

MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.

Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.

MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan.

Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q29

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

3. PEMBANTU KEMAHIRAN H19

4. PEMBANTU AWAM H11

5. PENGAWAL KESELAMATAN KP11


Syarat Lantikan Jawatan 1

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek sains. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,496.00); atau

(b) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,496.00); atau

(c) Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,496.00); atau

(d) Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,774.37); atau

(e) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,849.57); atau

(f) Diploma Sains Veterinar/Haiwan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,924.77).


Syarat Lantikan Jawatan 2

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(b) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00);atau

(c) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)


Syarat Lantikan Jawatan 3

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,377.00); atau

(b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.  (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau

(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24); atau

(e) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24).


Syarat Lantikan Jawatan 4

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).


Syarat Lantikan Jawatan 5

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau

(b) bekas anggota polis atau tentera yang sekurangkurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00) dan  mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(b) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(c) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(d) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

(e) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(f) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(g) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.



Cara Memohon:

i) Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Sistem Permohonan Jawatan MARDI (e-jawatan) sepenuhnya dengan melayari http://ejawatan.mardi.gov.my/ (pautan link admin sediakan di bawah)

a. Mendaftar di Sistem Permohonan Jawatan MARDI (e-jawatan)
b. Memohon jawatan yang berkaitan

ii) Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan dokumen yang diperlukan berserta dengan gambar formal terkini dan berukuran passport (Gambar swafoto/selfie tidak dibenarkan). Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

iii) Pemohon hendaklah mengemukakan maklumat perhubungan (nombor untuk dihubungi dan alamat emel) yang terkini.

iv) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Manakala, calon yang berkelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

v) Hanya calon yang layak selepas sesi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 04 Januari 2021 (Isnin)







Post a Comment