Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) - 30 Disember 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

Jawatan Kosong 2020 di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)


Latar Belakang

Disempurnakan penubuhannya pada 30 Mac 1972 melalui Akta 69, Akta Lembaga Pertanian Kemubu, 1972 dan dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B. Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia pada 2 Mac 1973.

Setelah KADA diwujudkan, Kerajaan Negeri Kelantan pula menyusuli tindakan dengan meluluskan Enakmen Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Kemubu, 1972 (Enakmen no.2 Tahun 1972 Kelantan) membolehkan Menteri Pertanian dan Perikanan melaksanakan Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, 1972 mulai 1 Ogos 1972.

Kampung Kemubu terletak di tebing Sungai Kelantan, 30km dari Kota Bharu telah disemadikan namanya dalam lipatan sejarah KADA. Di situlah terbina sebuah rumah pam membekalkan air ke Rancangan Pengairan Kemubu (RPK), rancangan terbesar dalam gugusan rancangan-rancangan pengairan lain yang dipersatukan di bawah kuasa pengendalian KADA.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19

(a) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

(b) Skim Perkhidmatan : Pembantu Setiausaha Pejabat

(c) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan

(d) Jadual Dan Gred Gaji N19 : Gaji Minimum RM 1352.00, Gaji Maksimum RM 4003.00

(e) Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100.00


Syarat Lantikan:
 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan .
(Gaji Permulaan ialah pada Gred N19:RM1352.00 ; atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19:RM1408.40) ; atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19:RM1464.80).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Taraf Jawatan:

Jawatan di atas adalah bertaraf kontrak .


Kemudahan-kemudahan Dan Elaun:

Anggota yang dilantik layak menerima berbagai kemudahan yang sedang berkuatkuasa di dalam perkhidmatan Lembaga seperti berikut:-

i) Pinjaman Perumahan
ii) Pinjaman Komputer
iii) Pinjaman Kenderaan
iv) Rawatan percuma di hospital/klinik kerajaan/Doktor Panel
v) Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) –RM115.00
vi) Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) - RM300.00
vii) Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300.00/RM200.00


Panggilan Temuduga:

i) Hanya calon-calon yang layak selepas asas penapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga;

ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan daripada tarikh iklan ini hendaklah menganggap yang permohonannya tidak berjaya.


Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan melalui e-mel iaitu perjawatan@kada.gov.my atau perjawatankada@gmail.com


*Sila baca iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 30 Disember 2020 (Rabu)



Post a Comment