Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Marang (MDM) - 27 Disember 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Majlis Daerah Marang (MDM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Marang (MDM)

Jawatan Kosong 2020 di Majlis Daerah Marang (MDM)

Latar Belakang

Majlis Daerah Marang ditubuhkan pada 1 Januari, 1981 apabila semua Pentadbiran Penguasa Tempatan disusun semula. Semasa penubuhan Majlis Daerah Marang ianya meliputi dua (2) mukim sahaja iaitu Mukim Rusila dan Mukim Pulau Kerengga. Luas kawasannya ialah 43.10km persegi yang mengandungi 13 buah kampung.

Majlis Daerah Marang diterajui oleh dua orang Pegawai Tadbir Negeri di bawah perkhidmatan pentadbiran dan sokongan (Pengurusan dan Profesional) yang menyandang jawatan Yang Di Pertua dan Setiausaha Majlis. Di samping itu, segala dasar-dasar dalam pentadbiran Majlis ditentukan oleh satu Lembaga yang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis seramai 25 orang termasuk Yang Di Pertua yang dilantik mengikut Seksyen 16 Akta 171 Kerajaan Tempatan 1976.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N19 (TETAP)

2. PENGHANTAR NOTIS GRED N11 (TETAP)


Jadual Gaji Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19:
N19 RM 1,352.00 - RM 4,003.00

Jadual Gaji Penghantar Notis Gred N11:
N11 RM 1,216.00 – RM 2,983.00


Jadual Gaji di atas adalah tidak termasuk Imbuhan Tetap Khidmat Awam / Imbuhan Tetap Perumahan / lain-lain Elaun.


Syarat Lantikan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM 1,464.80) dan

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai Sijil Asas Komputer dan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan)


Syarat Lantikan Penghantar Notis Gred N11:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lesen memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)). (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: 1,216.00.00); dan

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang beralamat / bermastautin di Daerah Marang)


Cara-Cara Memohon:

i) Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui laman web Majlis Daerah Marang http://www.mdmarang.gov.my / (http://ekerja.mdmarangonline.gov.my). Link pautan telah disediakan oleh admin di bawah.


Catatan:

1. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

2. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan asing-masing dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan Penilaian Prestasi Tahunan untuk
tiga (3) tahun berturut (Dokumen-dokumen berkenaan perlu dibawa semasa di
temuduga).

3. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 27 Disember 2020 (Ahad) (Jam 12.00 Tengahari) 




Post a Comment