Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) - 16 Disember 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB)

Jawatan Kosong 2020 di Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB

Latar belakang

Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah organisasi Majlis Kerajaan Negeri yang menjalankan operasi di sekitar bandar Kota Bharu yang meliputi 65 seksyen. Keluasan kawasan pentadbiran MPKB adalah 19,542 hektar atau 195.42 kilometer persegi yang merangkumi kawasan dari Pantai Cahaya Bulan ke Pantai Sabak di sebelah utara, kawasan yang bersempadan dengan kawasan Batu 5, Jalan Pasir Mas dan Jalan Kuala Krai ke jambatan Pasir Tumboh di sebelah selatan, Sungai Pengkalan Datu dan Wakaf Stan di sebelah timur dan disebelah barat Sungai Kelantan.

Pengenalan

Bandar Kota Bharu telah ditubuhkan pada tahun 1844 dan diisytiharkan sebagai pusat pemerintahan Negeri Kelantan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Al-Marhum Sultan Muhammad Ke-II. Pada tahun 1936, bandar Kota Bharu dinaik tarafkan sebagai Majlis Bandaran Kota Bharu (MBKB). MBKB telah dimansuhkan dan ditukarkan kepada Lembaga Bandaran pada tahun 1971. Pada tahun 1978 Lembaga Bandaran Kota Bharu disusun semula dan dinaik tarafkan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu pada tahun 1978.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. JURUTERA J41/J44

2 PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA JA29/JA36

3 PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29/W32

4 PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) / PENOLONG JURUTERA JA29/JA36


Jawatan 1 (Jurutera Gred J41/J44) (Tetap)

a) (i) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(ii) Kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Jawatan 2 (Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa Gred JA29/JA36) (Tetap)

a) (i) Sijil dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; ATAU

(ii) Diploma dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktirafoleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya ; DAN

b) Kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Jawatan 3 (Penolong Pegawai Penilaian Gred W29/W32) (Tetap)

a) (i) Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannyan; ATAU

(ii) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; ATAU

(iii) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Tanah atau Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; DAN

b) Kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Jawatan 4 (Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam / Penolong Jurutera Gred JA29/JA36) (Tetap)

a) (i) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Siji Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; ATAU

(ii) Diploma dalam, bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajan daripada insitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

b) Kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Permohonan

2.1 Permohonan hendaklah dibuat melalui laman sesawang MPKB-BRI dialamat: http://mpkbbri.kelantan.gov.my (link admin ada sediakan di bawah)

2.2 Pemohon dalam perkhidmatan Kerajaan / Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing - masing dengan melampirkan Laporan Sulit dan Penyata Perkhidmatan yang terkini mengikut perintah Am Bab A 17.

2.3 Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar ukuran passport, salinan kad pengenalan / surat beranak, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan.


Perhatian

i) Permohonan yang lewat diisi tidak akan dilayan.

ii) Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

iii) Pemohon - pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 16 Disember 2020 (Rabu)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap


Post a Comment