Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) - 12 Disember 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)

Jawatan Kosong 2020 di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)

Latar Belakang

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (DU051(K)).

UniSHAMS yang ketika dahulu dikenali sebagai Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman sebelum dinaik taraf ke Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) pada 15 Mei 2006. Kerajaan negeri Kedah telah bersungguh-sungguh untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam di negeri ini yang bersesuaian dengan status sebuah negeri yang ulung dalam sejarah perkembangan ilmuan Islam suatu ketika dahulu.

Objektif awal penubuhan Institut Agama Islam Negeri kedah Darul Aman adalah untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta mengembang ilmu pengetahuan Islam. Di samping itu bagi menampung pelajar lepasan sekolah agama melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Penubuhan Institut Islam Negeri kedah Darul Aman ini juga demi mengembalikan semula tradisi pengajian Islam yang sebenar untuk kebaikan agama, bangsa dan negara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Negeri Kedah Darul Aman telah memperkenankan Enakmen Jamiah Islam Negeri Kedah Darul Aman yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 7 Disember 1994 di bawah Enakmen Bilangan 4 Tahun 1995.

Dengan tertubuhnya, Institut Agama Islam Negeri kedah Darul Aman ini, maka tercatatlah suatu sejarah baru bagi Negeri Kedah yang mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam yang tulen dan bertaraf Universiti. Ini adalah sangat bersesuaian bagi sebuah Negeri yang mempunyai banyak pusat pengajian Islam sejak zaman berzaman lagi.

Antara tujuan utama penubuhan Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman ialah untuk mempertingkatkan mutu pengajian Islam dan bahasa Arab bagi menghasilkan generasi alim ulama, bijak pandai, intelek Islam dan para ilmuan yang berwibawa, berkemampuan, beriman dan menyahut keperluan hal ehwal Islam dari semasa ke semasa.

Pada peringkat awal penubuhan, Institut Agama Islam Negeri kedah Darul Aman telah menjalankan program pengajian berkembar peringkat Universiti dengan Universiti Al-Azhar, Mesir yang menganugerahkan Ijazah, Diploma dan Sijil. Jamiah Islam Negeri kedah Darul Aman menubuhkan tiga jurusan iaitu, Jurusan Syariah, Jurusan Usuluddin dan Jurusan Bahasa Arab.

Tahun akademik bermula pada 2 Januari 1996. Bahasa Arab merupakan bahasa pengantar, manakala bahasa Inggeris ialah matapelajaran wajib. Institut Agama Islam Negeri kedah Darul Aman menggunakan sistem penggal bagi bersesuaian dengan sistem yang dijalankan di Universiti Al-Azhar. Bagi menjaga mutu akademik Jamiah Islam Negeri kedah Darul Aman, tenaga akademik dipilih dalam kalangan para ilmuan yang berwibawa berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah atau yang setaraf dengannya.

UniSHAMS mensasarkan menjadi pusat ilmu yang bertaraf antarabangsa dalam usaha melahirkan graduan yang mampu menguasai ilmu di dalam bidang profesional dan agama ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (PEMBANGUNAN SISTEM) F41 - 2 Kekosongan




* Sila baca maklumat lengkap sebelum membuat permohonan melalui link di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 12 Disember 2020 

Post a Comment