Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - 13 Disember 2020 - KERJA KOSONG 2021 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2021

Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - 13 Disember 2020

Jawatan Kosong 2020 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Jawatan Kosong 2020 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Latar Belakang

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun.

Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29


Gred Honorarium:
Gred 29 : RM1,800.00 


Had Umur:

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan maksimum berumur 54 tahun.


Syarat Lantikan / Bidang /Kelayakan Khusus

Warganegara Malaysia.

Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Pemohon tidak boleh dikalangan pelajar yang sedang mengikuti program Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Ph.D. Bagi pemohon yang telah habis belajar tetapi belum bergraduat, sila kemukakan salinan surat tamat pengajian.

Deskripsi Tugas:

Pentadbiran:

- Menyelia dan menghantar laporan-laporan mengenai aktiviti yang dijalankan seperti pemeriksaan, penyiasatan, tindakan yang diambil dan pengawasan.
- Menyelia dan melatih kakitangan di bawah jagaannya.

- Menguatkuasakan undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil di bawah Ordinan dan Enakmen yang berkaitan dengan kesihatan umum.

- Menyiasat dan menyediakan laporan ke atas semua kes penyakit berjangkit.

- Memeriksa dan mengawas bahan-bahan makanan di premis-premis makanan.

- Mengawasi kebersihan alam sekitar.

- Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan umum seperti ceramah.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Taraf Jawatan:
Kontrak


Tempoh Lantikan:
Tempoh pelantikan hendaklah sekurang-kurangnya satu (1) bulan tetapi tidak melebihi 36 bulan (3 tahun).

Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 


PANDUAN PERMOHONAN

Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my).

Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini profail dan jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.

Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan atas talian Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan diproses.

Setelah permohonan lengkap diisi,

4.1 sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan;

4.2 sila sertakan salinan keputusan-keputusan peperiksaan, sijil-sijil Kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas);

4.3 cetakan permohonan dihantarkan ke alamat seperti di bawah;

4.4 pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf kontrak / sementara) perlu menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Pendaftar UPSI melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj).

Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa di bahagian Berita/Maklumat Terkini di myjobs.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara atas talian di ruangan tersebut.

Pemohon diminta mengisi alamat emel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.

Pemohon tidak boleh dikalangan pelajar yang sedang mengikuti program Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Ph.D. Bagi pemohon yang telah habis belajar tetapi belum bergraduat, sila kemukakan salinan surat tamat pengajian.

Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.

Sila hantarkan permohonan ke:

Unit Perjawatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Perjawatan, BSM 05 – 450 6328 / 6338 / 6399


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 13 Disember 2020 (Ahad)


Klik Untuk Baca Iklan Perjawatan

Klik Untuk Mohon Secara Online

0 Response to "Jawatan Kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - 13 Disember 2020"

Post a comment