Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - 21 Disember 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) | Universiti Sains Islam Malaysia sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:

Jawatan Kosong 2019 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Sejarah Penubuhan USIM

Gagasan penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi Islam sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah usaha kerajaan untuk menampung kekurangan intelek yang menguasai ilmu Islam. Pengumuman awal cadangan penubuhan ini telah  dibuat oleh Menteri Pendidikan ketika itu Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasir Puteh, Kelantan, pada 14 Jun 1996.

Pengumuman rasmi penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia telah dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Jun 1997, di Besut, Terengganu, setelah mendapat kelulusan Kabinet pada 11 Jun 1997.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. BENDAHARI/PEGAWAI KEWANGAN W54

2. PEGAWAI TADBIR N41

3. PEGAWAI TADBIR (PENTADBIR WEB) N41

4. JURUTERAPI PERGIGIAN U36

5. PEMBANTU OPERASI N11


Ringkasan Tugas Bendahari/Pegawai Kewangan W54

Kuasa dan kewajipan adalah berdasarkan Statut Universiti Sains Islam Malaysia (Bursar) 2017.

Kriteria yang diperlukan :
  • Pengalaman – Mempunyai sekurangkurangnya lima belas (15) tahun pengalaman dalam bidang Pengurusan Kewangan dan Akaun yang berkaitan.
  • Kepimpinan dan Pengurusan – Mempunyai people skills yang boleh menerajui transformasi dan menggerakkan pasukan ke arah kecemerlangan selaras dengan Misi USIM 2022;
  • Reputasi dan Personaliti – Memiliki reputasi sebagai role model kepada warga Universiti dengan karisma, kredibiliti, sahsiah tinggi, integriti, kemahiran komunikasi yang baik, pengalaman yang diakui mutunya dan dihormati oleh masyarakat di dalam dan luar Universiti;
  • Pemikiran Strategik – Berkeupayaan mengenal pasti, menjangka dan menganalisis isu dan masalah serta mengatur strategi penyelesaian yang berkesan.

Kecemerlangan Pengurusan:
  • Berkeupayaan mengurus dan mengelola sumber yang diperuntukkan dengan telus untuk mencapai Misi USIM 2022;
  • Berkeupayaan merangka, menetapkan dan melaksanakan dasar strategik dalam pengurusan kewangan dan perakaunan Universiti;
  • Berkeupayaan menasihati dalam hal ehwal kewangan kepada Pengurusan Universiti serta termasuklah crowdfunding, wakaf dan zakat Universiti;
  • Berkeupayaan mencetuskan idea-idea baharu, menyalurkan kepakaran dan idea serta meningkatkan usaha untuk mentransformasikan organisasi ke arah penyampaian perkhidmatan yang berkesan selaras dengan peraturanperaturan yang sedang berkuat kuasa; dan
  • Berkeupayaan memastikan pengurusan kewangan dan perakaunan dilaksanakan dengan mematuhi piawaian yang berkuat kuasa;
  • Jaringan Hubungan – Berkeupayaan mengenal pasti peluang untuk membina perkongsian strategik dengan pihak yang berkepentingan untuk faedah dan kepentingan organisasi

Ringkasan Tugas Pegawai Tadbir N41
  • Memastikan pengurusan risiko dilaksanakan di peringkat jabatan/ bahagian di USIM.
  • Menyelaras pelaksanaan melaksanakan proses pengurusan risiko untuk ISO, ISMS, kesihatan dan keselamatan pekerjaan USIM.
  • Bekerjasama dengan Bahagian Audit Dalam untuk memastikan tindakan mitigasi dilaksanakan oleh pihak yang berkenaan.
  • Membuat pelaporan kepada pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah Universiti mengenai risiko USIM.
  • Calon yang mempunyai latar belakang dalam Sains Aktuari diberi keutamaan.

Ringkasan Tugas Pegawai Tadbir (Pentadbir Web) N41
  • Bertanggungjawab dalam pembangunan dan penyelenggaraan portal rasmi USIM, melaksanakan kerja-kerja teknikal penerbitan e-Risalah, pengurusan media sosial rasmi USIM, reka bentuk grafik dan multimedia, membantu pengurusan teknikal rakaman/siaran langsung yang berkaitan untuk USIMTVB, FB Live dan platform media sosial yang lain serta pentadbiran dan kewangan.
  • Calon perlu mempunyai kemahiran dalam pengurusan dan pembangunan laman web (wordpress), mahir berkaitan aplikasi sistem dan aplikasi reka bentuk (adobe), berpengetahuan asas berkaitan reka bentuk grafik, mahir menggunakan Microsoft Office dan platform media sosial serta sebagai content writer.

Ringkasan Tugas Juruterapi Pergigian U36
  • Bertanggungjawab kepada Dekan/Ketua Jabatan/ Ketua Unit dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan klinik pergigian, pencegahan jangkitan silang, sokongan pembelajaran, promosi kesihatan pergigian, sistem maklumat pesakit dan kemajuan fakulti.
  • Mempunyai tempoh pengalaman yang relevan sekurang-kurangnya 15 tahun dalam bidang berkaitan. 

Ringkasan TugasPembantu Operasi N11 
  • Bertanggungjawab untuk membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian dengan memastikan pergerakan fail, penghantaran serta pendaftaran surat, memo dan dokumen-dokumen lain serta membuat salinan fotostat surat, memo dan dokumen sebagaimana yang diarahkan oleh ketua jabatan.

Panduan Permohonan:

1. Semua permohonan adalah secara online menerusi hebahan iklan di laman web http://www.usim.edu.my mulai 08 Disember 2020 (Selasa) sehingga 21 Disember 2020 (Isnin). (admin ada sediakan link untuk membuat permohonan atas talian (online) di bawah)

2. Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sebanyak RM10.00 melalui sistem mypayment. Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.

3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.

4. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/88125/88128.


Tarikh Tutup Permohonan : 21 Disember 2020 (Isnin)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap & Cara Mohon

Klik Untuk Mohon Secara Online


Post a Comment