Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negara (MSN) - 19 Februari 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Majlis Sukan Negara (MSN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Negara

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Sukan Negara (MSN)

Latar Belakang

Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.

Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:


Kami mempelawa WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi mengisi SEGERA kekosongan MYSTEP seperti berikut:-

1. TUKANG MASAK - 4 Kekosongan

2. KREW PERKHIDMATAN - 2 Kekosongan

3. KREW STEWARD - 2 Kekosongan



Maklumat Jawatan Tukang Masak

KADAR UPAH : RM 1,600.00
TEMPOH : 3 BULAN
PENEMPATAN : BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

Syarat Lantikan:

Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan DENGAN Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu; DAN

Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 / Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Keutamaan kepada calon yang berpengalaman dalam bidang Perkhidmatan Makanan.


Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab memasak secara bufet dan makanan berbungkus serta menjaga keselamatan dan kebersihan peralatan dan dapur.


Maklumat Jawatan Krew Perkhidmatan

KADAR UPAH : RM 1,400.00
TEMPOH : 3 BULAN
PENEMPATAN : BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR


Syarat Lantikan:
Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Memiliki Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan DENGAN Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.

Keutamaan:
Berpengalaman dalam bidang Perkhidmatan Makanan

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan keselamatan cafe dan peralatan serta membancuh minuman.


Maklumat Jawatan Krew Steward

KADAR UPAH : RM 1,400.00
TEMPOH : 3 BULAN
PENEMPATAN : BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR


Syarat Lantikan:

Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Memiliki Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan DENGAN Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.

Keutamaan:
Berpengalaman dalam bidang Perkhidmatan Makanan

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan peralatan dan ruang dapur serta menjaga inventori.


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman web Majlis Sukan Negara Malaysia di www.nsc.gov.my @ melalui link yang admin sediakan di bawah:

Semua permohonan hendaklah disertakan dokumen-dokumen seperti berikut:-
  • Salinan Sijil PMR/PT3/SPM dan setaraf;
  • Salinan sijil-sijil kemahiran yang berkaitan;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.

Alamat Dan Tarikh Tutup Permohonan:

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 19 Februari 2021 (Jumaat) melalui emel recruitment@nsc.gov.my ATAU dialamatkan kepada:-

MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
Cawangan Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Bukit Jalil,57000 Kuala Lumpur

Sila tandakan “MySTEP” di bahagian atas sebelah kiri sampul surat sekiranya menggunakan perkhidmatan POS.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah



Post a Comment