Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - 2 Mac 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) | Universiti Sains Islam Malaysia sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:


Sejarah Penubuhan USIM

Gagasan penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi Islam sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah usaha kerajaan untuk menampung kekurangan intelek yang menguasai ilmu Islam. Pengumuman awal cadangan penubuhan ini telah  dibuat oleh Menteri Pendidikan ketika itu Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasir Puteh, Kelantan, pada 14 Jun 1996.

Pengumuman rasmi penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia telah dibuat oleh Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Jun 1997, di Besut, Terengganu, setelah mendapat kelulusan Kabinet pada 11 Jun 1997.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. JURUTERAPI PERGIGIAN U36

2. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29

3. PENOLONG PEGAWAI SAINS C29

4. PEMBANTU MAKMAL C19

5. JURUTERA/JURUUKUR BAHAN J41



Syarat Lantikan Juruterapi Pergigian U36

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c. diploma dalam bidang kejururawatan pergigian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29 : RM1,797.00) dan

d. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

ii. Calon yang sedang berkhidmat sebagai Juruterapi Pergigian Gred U32 adalah layak memohon jawatan Juruterapi Pergigian Gred U36 yang kosong apabila telah :-

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(c) diperaku oleh ketua jabatan/Ketua Perkhidmatan.


Syarat Lantikan Juruteknologi Pergigian U29

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) diploma dalam bidang teknologi pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).

dan (d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Syarat Lantikan Penolong Pegawai Sains C29

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c. (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Matematik atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan pada Gred C29: RM1,505.00); atau

(ii) Diploma dalam bidang Sains atau Teknologi Makmal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred C29: RM1,782.91); atau

(iii) Diploma dalam bidang kimia industry atau mikrobiologi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred C29: RM1,858.12).


Syarat Lantikan Pembantu Makmal C19

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred C19 RM 1,357.00);atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred C19 RM 1,413.40);atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred C19 RM 1,469.80).


Syarat Lantikan Jurutera/juruukur Bahan J41

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c. (i) Ijazah sarjana muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan pada Gred J41: RM2,529.00).atau

(ii) Ijazah sarjana muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred J41: RM2,529.00).

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Panduan Permohonan:

1. Semua permohonan adalah secara online menerusi hebahan iklan di laman web http://www.usim.edu.my. (admin ada sediakan link untuk membuat permohonan atas talian (online) di bawah)

2. Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sebanyak RM10.00 melalui sistem mypayment. Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.

3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.

4. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/88125/88128.


Tarikh Tutup Permohonan : 02 Mac 2021 (Selasa)

Post a Comment