Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) - 21 Februari 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

Jawatan Kosong 2019 di Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

Latar Belakang

Yayasan Pelajaran Johor ialah sebuah pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Enakmen YPJ  No. 8, tahun 1982 yang berperanan utama di dalam pembangunan pendidikan rakyat negeri Johor.

Tujuan-tujuan Yayasan Pelajaran Johor sebagaimana yang terkandung di dalam Seksyen 5, Enakmen YPJ No. 8, tahun 1982 ialah:-

i. Untuk dengan aktifnya menaja membaikkan peluang mendapatkan pelajaran di kalangan rakyat Johor khasnya dan Malaysia amnya.

ii. Untuk memberi atau menguruskan pemberian oleh badan-badan lain pinjaman-pinjaman atau bantuan kewangan atau pelajaran kepada rakyat.

iii. Untuk meluaskan peluang bidang pelajaran bagi rakyat di dalam mana-mana pelajaran tinggi di serata dunia.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT (N19)


Jadual Gaji:
Gaji Minimum: RM 1,352.00
Gaji Maksimum: RM 4,003.00


Syarat Lantikan

(i) WARGANEGARA MALAYSIA

(ii) Berumur :-

(a) Tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan bagi lantikan kali pertama dalam Kerajaan.

(b) Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh tutup iklan bagi kenaikan pangkat secara lantikan.


Penetapan Gaji Permulaan

Gaji permulaan yang lebih tinggi dalam gred-gred jawatan yang dipohon boleh ditetapkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik (PBM) berdasarkan kepada pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan.


Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan

Pegawai – pegawai yang memasuki Skim Perkhidmatan yang berkenaan adalah tertakluk kepada syarat – syarat Skim Perkhidmatan tersebut yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


Cara Memohon

(a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang YPJ 007 yang boleh diperolehi secara percuma di Pejabat Yayasan Pelajaran Johor, No. 15, Bangunan YPJ, Jalan Nuri, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim atau dari Laman Web Rasmi Yayasan Pelajaran Johor.

(b) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa mengembalikan borang permohonan.

(c) Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah Mengikut Peraturan 17, Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005)

(d) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan salinan diakui sah dokumen-dokumen berikut :-

i. Kad Pengenalan
ii. Sijil Kelahiran
iii. Sijil-Sijil Persekolahan (SRP/PMR/PT3/SPM/STA/STPM/STAM)
iv. Sijil Berhenti Sekolah Yang Terakhir
v. Diploma / Ijazah berserta transkrip penuh (jika berkaitan)
vi. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :

Pengurus Besar
Yayasan Pelajaran Johor
No 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri , Kg. Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru


Nota / Catatan Am

(a) Setiap permohonan jawatan hendaklah menggunakan satu borang sahaja bagi setiap jawatan yang di pohon. Sekiranya permohonan jawatan lebih dari satu hendaklah menggunakan borang yang berasingan.

(b) Hanya calon – calon yang layak selepas tapisan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil / dihubungi untuk ditemuduga.

(c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

(d) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

(e) Pegawai-Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan disertakan dengan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini. 


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

2. Syarat Bahasa Melayu 
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 21 Februari 2021 (Ahad) Jam 12.00 Tengahari 


Post a Comment