Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Unit Strategik Modal Insan Johor - 14 Mac 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Unit Strategik Modal Insan Johor |Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Unit Strategik Modal Insan Johor

Jawatan Kosong 2021 di Unit Strategik Modal Insan Johor


Latar Belakang

Kerajaan Negeri Johor merujuk kepada pihak berkuasa kerajaan negeri Johor. Kerajaan negeri mematuhi dan diwujudkan oleh kedua-dua Perlembagaan Persekutuan Malaysia, undang-undang tertinggi Malaysia, dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor, undang-undang tertinggi di Johor. Kerajaan Johor berpusat di pusat pentadbiran negeri, Kota Iskandar, Iskandar Puteri.[2]

Kerajaan negeri terdiri daripada hanya dua cawangan - eksekutif dan perundangan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor membentuk cawangan eksekutif, manakala Dewan Negeri Johor adalah badan perundangan kerajaan negeri. Ketua kerajaan Johor ialah Menteri Besar. Kerajaan negeri tidak mempunyai cawangan kehakiman, memandangkan sistem kehakiman Malaysia ialah sistem federalis yang beroperasi seragam di seluruh negara.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

2. PEMBANTU TADBIR N19


Maklumat & Syarat Lantikan Penolong Pegawai Tadbir (N29)

Jadual Gaji:
Gaji Minimum: RM 1,493.00
Gaji Maksimum: RM 5,672.00
ITKA : RM160.00
Elaun Sara Hidup : RM350.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29; RM1,493.00); atau

(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

d) Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia


Maklumat & Syarat Lantikan Pembantu Tadbir N19

Jadual Gaji:
Gaji Minimum: RM 1,352.00
Gaji Maksimum: RM 4,003.00
ITKA : RM115.00
Elaun Sara Hidup : RM350.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80);

d) Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.


Cara Memohon

1) Permohonan hendaklah dengan menggunakan borang permohonan jawatan Unit Strategik Modal Insan Johor yang beralamat seperti di bawah atau muat turun dari Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Johor iaitu http://www.johor.gov.my/ dan Laman Rasmi FB Unit Strategik Modal Insan Johor.

2) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terkini berukuran paspot dan dokumen-dokumen yang diakui sah sebagaimana berikut:

i. Sijil Kelahiran;
ii. Kad Pengenalan;
iii. Sijil Berhenti Sekolah;
iv. Salinan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) /Diploma/STPM/ Ijazah dan sebagainya;
vi. Lain-lain dokumen sokongan

3) Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat berkenaan semasa mengembalikan borang permohonan

4) Borang permohonan yang lengkap dan salinan dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

UNIT STRATEGIK MODAL INSAN JOHOR
NO.2, JALAN ISKANDAR PUTRI 1/3,
TAMAN NUSANTARA PRIMA,
79200 ISKANDAR PUTERI, JOHOR
(u/p : PENGURUS BESAR, UNIT STRATEGIK MODAL INSAN JOHOR)

D. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tertanggung
atas calon-calon sendiri. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 2 bulan
dari tarikh tamat iklan dianggap TIDAK BERJAYA.
PENGURUS BESAR,
UNIT STRATEGIK MODAL INSAN JOHOR
NO.2, JALAN ISKANAR PUTRI 1/3,
TAMAN NUSANTARA PRIMA,
79200 ISKANDAR PUTERI, JOHOR


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 14 Mac 2021 (12.00 Tengahari)


Post a Comment