Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu - 14 April 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Universiti Putra Malaysia (UPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Jawatan Kosong 2020 di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Latar Belakang

Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma. Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENSYARAH KANAN GRED DS51

JADUAL GAJI : RM5,855.00 - RM12,445.00


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

(d) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

(e) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

(f) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Khas UPM Bagi Jawatan Pegawai Akademik:

1. Memperolehi kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Bidang kepakaran/pengajaran yang diperlukan adalah seperti berikut;

i) Kejuruteraan Perisian / Software Engineering
ii) Rangkaian Komputer / Computer Network
iii) Multimedia /Multimedia
iv) Matematik Komputer / Computer Math
v) Sistem Maklumat / Information System
vi) Sains Komputer / Computer Science

2. Memperolehi kelayakan Ijazah Sarjana Muda yang cemerlang dalam bidang yang berkaitan (CGPA 3.00 ke atas).


Syarat Lain:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dari laman web UPM Kampus Bintulu Sarawak dengan memuat turun borang di www.btu.upm.edu.my.


Peraturan Memohon:

Pemohon dikehendaki menyertakan salinan sijil akademik, transkrip, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Kelahiran serta dokumen yang berkaitan. Permohonan hendaklah di hantar ke alamat berikut sebelum atau pada tarikh tutup iklan:

KETUA PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU
TINGKAT 2, BANGUNAN PENTADBIRAN
PETI SURAT 396, JALAN NYABAU
97008 BINTULU, SARAWAK.


Perhatian:

i. Permohonan yang tidak lengkap diisi dan tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.

ii. Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iii. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


Tempoh Iklan:

Permohonan jawatan akan dibuka pada 15 Mac 2021 (Isnin) dan akan ditutup pada 14 April 2021 (Rabu).


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 14 April 2021 (Rabu)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan

Post a Comment