Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

4 Perkara Perlu Diselesaikan Jika Anda Diberhentikan Kerja atau Ingin Memberhentikan Pekerja

Post a Comment
4 Perkara Perlu Diselesaikan Jika Anda Diberhentikan Kerja atau Ingin Memberhentikan Pekerja - Memandangkan admin bekerja di dalam bidang pekerjaan (menguatkuasakan undang-undang pekerja di Malaysia), maka admin terdetik di hati untuk berkongsi undang-undang pekerjaan ini kepada semua dengan menulis di blog ini walaupun mempunyai masa yang agak tipis sebenarnya. InsyaAllah dengan pengkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

4 Perkara Perlu Diselesaikan Jika Diberhentikan Atau Memberhentikan Kerja


Okey berbalik kepada tajuk di atas, majikan memang ada hak untuk memberhentikan pekerja tetapi mestilah melalui cara atau prosedur yang betul. Jika dibuat dengan cara tidak betul pastilah ia akan melibatkan pihak ketiga iaitu Pegawai Tenaga Kerja. Mereka akan menjadi orang tengah bagi menentukan tuntutan pekerja atau majikan dipenuhi kedua-dua pihak.


Perkara yang perlu dilakukan majikan/pekerja adalah:



1. GAJI / BAKI GAJI

Ini adalah perkara paling asas benda yang perlu diselesaikan oleh majikan jika ada pemberhentian berlaku tidak kira ia adalah kerana kesalahan pekerja, kerana kecuaian apa-apa saja atau akibat penutupan syarikat.

Jadinya jika ada lagi baki gaji yang tidak dibayar, maka bayarlah kerana itu memang hak pekerja. Jika ada pertikaian contohnya ada penolakan berlaku ke atas gaji tersebut, bicanglah dengan baik maka tidak akan terjadilah rasa tidak puashati kedua-dua pihak.




2. GAJI GANTI NOTIS (PEKERJA) / GAJI GANTI NOTIS (MAJIKAN)

Untuk pekara kedua ini adalah gaji ganti notis. Gaji ganti notis ini boleh terjadi antara kedua-dua belah pihak di mana di dalam kontrak perkhidmatan atau letter award atau apa saja nama yang diberikan, klusa pemberhentian atau termination pasti ada untuk mengikat pekerja dan majikan dalam tempoh tertentu jika salah satu pihak ingin berhenti atau diberhentikan kerja.

Jika satu pihak yang tidak memenuhi klausa tersebut, maka pihak yang 1 lagi bolehlah mengambil langkah untuk memenuhi klausa tersebut. Boleh bincang terlebih dahulu, tetapi jika tidak dilayan, anda sebagai pekerja atau majikan boleh hadir ke Pejabat Tenaga Kerja berdekatan untuk membuat tuntutan terhadap mana-mana pihak itu. Kiraan atau contoh berkenaan gaji ganti notis ini admin akan buat di posting baru nanti untuk beri kefahaman yang lebih jelas.




3. FAEDAH PENAMATAN KERJA

Faedah penamatan kerja adalah perkara ketiga yang perlu diselesaikan. Ianya satu imbuhan atau pampasan yang diperolehi oleh pekerja jika pemberhentian suatu kontrak pekerjaan terjadi ke atas setiap pekerja sebagai contoh diberhentikan kerja, penutupan syarikat atau majikan membuat pemberhentian secara berkala. Selain mendapat gaji ganti notis jika layak, majikan perlu membayar perkara ini juga kepada setiap pekerjanya.

Bukan semua pekerja layak mendapat faedah penamatan ini, ianya mestilah pekerja yang disebut di dalam jadual pertama Akta Kerja 1955 dan mestilah telah bekerja lebih 12 bulan perkhidmatan dengan majikannya. Contoh dan cara pengiraan ini juga admin akan buat di posting lain yang lebih khusus membincangkan tajuk ini.





4. BAKI CUTI TAHUNAN

Perkara keempat atau terakhir adalah cuti tahunan, jika anda bekerja kurang daripada 12 bulan perkhidmatan, anda belum lagi layak untuk memohon cuti tersebut kerana syarat ini terkandung di dalam Akta Kerja 1955. Jika ada ingin bercuti tetapi belum cukup 12 bulan kerja, maka cuti yang dipohon adalah cuti tanpa gaji. 

Oleh itu, jika ada pemberhentian atau diberhentikan dalam tempoh perkhidmatan sama ada lebih 1 tahun atau kurang 1 tahun, anda patut membayar kepada pekerja atau pekerja perlu tahu anda layak untuk dibayar baki cuti tahunan yang tidak habis digunakan itu. Untuk cuti tahunan juga admin akan buat tajuk khusus untukknya kerana ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan secara lebih mendalam.

Itu sahaja dahulu pengkongsian admin, nantikan artikel celik undang-undang yang lain insyaAllah. Semoga bermanfaat untuk anda..

Post a Comment