Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Sabah (UMS) - 11 Jun 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Jawatan Kosong 2019 di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Latar Belakang

Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah ditubuhkan pada 24 November 1994 dan kini telah menjangkau usia hampir 19 tahun. Dalam usia ini, terdapat pelbagai perubahan yang telah dikecapi, sama ada dari segi bilangan pelajar, pensyarah dan kakitangan, termasuk juga kelengkapan kemudahan bangunan dan tadbir urus, bilangan kursus serta program pengajian yang ditawarkan dan sebagainya. Satu perkara penting daripada perubahan ini dan motif utama wujudnya sesuatu universiti ialah pertambahan bilangan graduan yang mampu dikeluarkan oleh sesebuah universiti berkenaan.

Dari tahun ke tahun jumlah graduan yang berjaya dikeluarkan oleh UMS semakin bertambah, yang kini telah pun mencecah angka 40,000 graduan yang lebih dikenali sebagai ALUMNI. Atas dasar itulah penubuhan Pusat Alumni UMS antara lain adalah bertujuan untuk mengumpul kembali Alumni UMS sebanyak mungkin yang secara automatiknya semua pelajar dan/atau graduan adalah sebagai ahli dalam kolompok ALUMNI UMS tersebut.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41


Tugas dan tanggungjawab:

(1) Merancang, melaksana, dan mengkoordinasikan aktiviti jaminan kualiti akademik dan akreditasi.

(2) Mengurus dokumentasi jaminan kualiti akademik dan akreditasi.

(3) Merancang dan mengurus bagi memastikan pelaksanaan aktiviti dan program jaminan kualiti akademik dan akreditasi menepati bajet.


Kelayakan dan pengalaman:

(a) Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun; dan

(b) i. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

ii. Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43); dan

(c) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memenuhi kriteria :-

(a) Bermotivasi kendiri.

(b) Mempunyai personaliti dan perwatakan menarik.

(c) Fasih berkomunikasi secara lisan dan penulisan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

(d) Mempunyai pengetahuan berkaitan standard Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dan badan profesional berkaitan program perniagaan, ekonomi dan perakaunan yang lain.

(e) Mempunyai pengalaman kerja.

(f) Berdikari dan bersedia untuk bekerja di luar kawasan.


Cara memohon:

Pemohon perlu mengemukakan CV dan salinan sijil-sijil akademik kepada Seksyen Pentadbiran, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, UMS melalui e-mel

nenny@ums.edu.my atau arnah_69@ums.edu.my

Permohonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 11 Jun 2021.

Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.


Maklumat lanjut boleh hubungi:

Pn. Jumiati binti Pajakkai
Timbalan Pendaftar
Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan,
Universiti Malaysia Sabah
088-320000 sambungan 101748

atau

Pn. Nenny Irwani binti Damsah
Setiausaha Pejabat
Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan,
Universiti Malaysia Sabah
088-320000 sambungan 211802/211800


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link yang disediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 11 Jun 2021 (Jumaat)

Post a Comment