Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Tekun Nasional - 11 Jun 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Tekun Nasional | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Tekun Nasional

Jawatan Kosong 2019 di Tekun Nasional

Latar Belakang

TEKUN Nasional dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional. Di awal penubuhannya, TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan sematamata. Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta jaringan usahawan.

Adalah diharapkan dengan Hala Tuju Baru dan Penjenamaan semula ini, TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi pelaksana ( executing agency ) yang dinamik serta mampu memainkan peranannya dengan lebih berkesan bagi memenuhi matlamat penubuhannya selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ( MPPB ). Dengan kejayaan MPPB ini hasrat kita untuk mengangkat martabat bangsa Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi akan tercapai.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEMANDU / DRIVER (GDL)


Kelulusan:

1. LEPASAN SPM, wajib kredit Bahasa Melayu, Lulus Bahasa Inggeris & Matematik.

2. WAJIB ada lesen DGL.

3. WAJIB mahir memandu & berpengalaman memandu kereta, van, lori & truck.


Tugas:

1. Memandu kenderaan TEKUN Nasional bagi setiap urusan rasmi;

2. Memastikan kenderaan dan peralatan kenderaan di bawah jagaan berada dalam keadaan baik dan bersih setiap masa;

3. Bertanggungjawab menjaga keselamatan kenderaan;

4. Bertanggungjawab mengemaskini buku log kenderaan dan memasukkan kenderaan ke bengkel untuk tujuan pemeriksaan dan selenggara;

5. Bertanggungjawab mematuhi undang-undang jalan raya; 

6. Melaksanakan tugas-tugas rasmi lain yang di arahkan oleh TEKUN Nasional dari masa ke semasa;

7. Memastikan kenderaan dapat digunakan;

8. Kenderaan hendaklah diservis, mengikut tempoh dan jarak yang disyorkan oleh pembuat kenderaan;

9. Melaporkan dengan segera kepada TEKUN Nasional jika berlaku apa-apa kerosakan;

10. Memastikan minyak petrol kenderaan sentiasa mencukupi bagi kegunaan rasmi;

11. Berpewatakan baik dan berdisiplin serta mematuhi peraturan & polisi TEKUN Nasional.


Makluman:

i- Permohonan untuk jawatan ini adalah melalui portal myfuturejobs (portal yang dibangunkan oleh pihak PERKESO mengantikan jobsmalaysia). Jika tidak pernah mendaftar, sila daftar terlebih dahulu sebelum memohon.


Tarikh Tutup Permohonan : 11 Jun 2021 (Jumaat)


Klik Untuk Mohon Secara Online (myfuturejobs)

Jom Join Telegram Khas : Pilih Channel Telegram Mengikut Negeri

Post a Comment